Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

HARI 14 DARIPADA 40

"Hari 14: Rayuan"

Dalam dunia yang porak-peranda, pemazmur ini merayu kepada Allah untuk menghadapi penuduh palsunya. Idea rayuan demikian ("Biarlah musuhku dihina") mungkin tidak menyenangkan kepada sebahagian orang di antara kita yang tidak terdedah kepada ketidakadilan peperangan, genosid dan pemerdagangan seks seperti orang lain di seluruh dunia ini. Namun, pada satu masa, kita telah memilih untuk membalas kejahatan dengan kejahatan. Walau bagaimanapun, daripada menangani ketidakadilan sendiri, pemazmur itu membawa ketidakadilan itu kepada Allah dan merayu kepada-Nya untuk bertindak bagi pihaknya. Dia memilih untuk membenarkan Allah yang adil dan kudus untuk menghadapi orang yang telah berlaku tidak adil terhadapnya, daripada membalasnya sendiri.

Jika Allah hanyalah bersifat pengampun tetapi tidak adil, kita tiada tempat mengadu apabila orang lain berlaku salah terhadap kita. Namun, kekudusan Allah tidak akan tahan dengan ketidakadilan. Pada mulanya kata-kata itu kedengaran menyenangkan, tetapi kita jugalah tidak adil, maka, melainkan wujudnya cara pemulihan untuk kita, kita akan dihakimi dengan penghakiman yang sama dengan penindas kita. Satu-satunya sebab pemazmur ini (atau kita) boleh merayu kepada Allah adalah kerana Kristus telah berbicara bagi pihak kita. Apabila Kristus berseru kepada Allah pada salib, Dia telah ditolak dan dicemuh kerana Dia mengambil tempat bangsa manusia yang berdosa. Kini, kita boleh merayu kepada Allah kerana Dia melihat kita melalui Kristus yang tidak berdosa, yang telah berbicara bagi pihak kita.

Doa

Allah, Bapa kami, kami memuji-Mu kerana mengutus Kristus untuk menghadapi tindakan tidak adil kami terhadap-Mu supaya kami boleh berhubungan dengan-Mu, yang sempurna dalam kekudusan. Kami bersyukur kerana Engkau mendengar rayuan kami apabila orang lain berlaku tidak adil terhadap kami dan kerana Engkau akan mendengar kami dalam belas kasihan dan kebaikan hati-Mu. Tolonglah kami untuk membawa rayuan kami kepada-Mu daripada membalas perbuatan orang lain yang tidak adil terhadap kami. Dalam Nama Kristus, amin.

Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.

More

Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.