Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

"Hari 1: Tanah"
Apabila kita melihat Kejadian 3, kita menemui Allah yang mengutuk! Dia memberikan respons yang tegas terhadap keingkaran Adam dan Hawa serta pengkhianatan ular. Dengan pengumuman setiap kutukan dan penghakiman, terdapat pembatalan atau kebalikan pekerjaan kreatif Allah yang berbelas kasihan. Adam, yang telah dibentuk daripada tanah, kini ditakdirkan untuk kembali kepadanya. Hawa, yang telah dibentuk daripada Adam, kini dikuasainya. Ular, yang paling licik antara semua binatang liar, kini dimalukan, menjalar, dan makan debu. Dalam bab ini, kita melihat bahawa dosa telah mempengaruhi setiap ciptaan.
Teks ini berbicara tentang keinginan kita untuk tidak mempedulikan dosa kita. Allah tidak memandang ringan akan dosa. Kematian telah memasuki dunia kerana dosa, dan juga segala bentuk kesedihan, penderitaan dan kehampaan. Namun, kutukan yang paling teruk antara semua kutukan melanda seorang manusia yang berbeza, beberapa milenia kemudiannya seperti yang dinyatakan Paulus dalam Galatia 3:13, "Tetapi Kristus telah membebaskan kita daripada kutukan yang didatangkan oleh Taurat. Dia melakukan hal ini dengan membiarkan diri-Nya terkutuk kerana kita. Di dalam Alkitab tertulis, 'Terkutuklah orang yang mati digantung pada pokok.'” Yesus menanggung kutukan itu demi menebus status manusia.
Doa
Bapa, saya sedar Engkau tidak memandang ringan akan dosa saya kerana Engkau adalah Allah segala kekudusan yang sukakan keadilan dan tidak membenarkan kejahatan terlepas daripada dihukum. Namun, saya berterima kasih atas kebijaksanaan dan belas kasihan-Mu dalam membentuk rancangan yang akan memindahkan kutukan yang seharusnya melanda saya kepada Anak-Mu. Dalam Nama Kristus, amin.
Hak cipta (c) 2012 Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.
More
Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.