Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

HARI 13 DARIPADA 40

"Hari 13: Cemuhan"

Daud tenggelam dalam masalahnya (ay. 2-4). Dia berseru dalam kesepian, ditinggalkan oleh kawan dan keluarganya (ay. 9) dan diserbu musuhnya (ay. 5). Reputasinya diserang. Pejuang yang pernah diraikan di jalan-jalan kini dicemuh di tempat orang berkumpul (ay. 13). Penyelamat Israel berseru meminta keselamatan dan dia tidak menerima respons (ay. 4).

Kesengsaraan yang kita rasa apabila repustasi kita diserang adalah tidak tertanggung. Sama ada kita berasal daripada latar belakang budaya yang mengutamakan nama keluarga ataupun adalah individualis yang mencari nama untuk diri sendiri, nama adalah resume kita. Menghapuskannya dan kita menghadapi bahaya krisis identiti dalam erti kata yang sebenar. Bagaimanakah kita ingin memberikan respons apabila reputasi kita diserang? Adakah kita menyembunyikan kelemahan kita? Adakah kita tunduk kepada kehampaan kita? Adakah kita membuat diri (dan orang lain) bagai nak gila dalam pencarian tidak ada harapan akan kesempurnaan? Daud adalah amat berbeza.

Walaupun dalam kesedihannya, fikiran Daud bukanlah tentang dirinya. Dia tidak asyik dengan maruahnya. Cintanya adalah untuk rumah Tuhan. Ia berkobar-kobar seperti api (ay. 10). Mengakui dosanya secara jujur, dia berdoa agar kebinasaan lingkungan akibat kesilapan bodohnya tidak akan mendatangkan malu kepada Allah Israel dan orang yang menyembah-Nya (ay. 6-7). Daud merayu, dengan berani mengisytiharkan kasih kekal abadi dan kesetiaan Tuhan yang adil dan maha mengetahui hak miliknya (ay. 14). Pendeknya, dia mencari dirinya dalam reputasi Allah.

Bertahun-tahun kemudian, Dia yang digelar Anak Daud memasuki Rumah Tuhan di Yerusalem semasa perayaan Paskah, mengusir peniaga dan penukar wang. Murid-murid-Nya teringat bahawa tertulis, "Kasih-Ku terhadap rumah-Mu, ya Allah, berkobar-kobar seperti api!" (Yohanes 2:17). Konfrontasi ini mencetuskan peristiwa yang akan memuncak dengan kehilangan maruah terbesar yang dapat dibayangkan. Pencipta alam semesta, dimalukan sebagai penjenayah pada salib, berdoa untuk musuh-Nya, menawarkan mereka manfaat nama baik-Nya. Dalam Yesus, kita mewarisi reputasi abadi yang tidak dapat dicemarkan.

Doa

Tuhan Yesus Kristus, Anak Daud, Anak Allah, kami mengaku bahawa kami banyak berusaha demi menjadikan diri kami ternama, dan kurang mengutamakan nama yang diberikan-Mu. Engkau, dengan nama di atas segala nama, menjadikan diri tanpa reputasi. Engkau telah merendahkan diri, menjadi hamba, dan menahan cemuhan ganas orang yang Engkau berikan gelaran-Mu. Melalui pertukaran muktamad ini, Engkau telah menuliskan nama-Mu pada dahi kami, dan menuliskan nama kami, tertanam, dalam Kitab Orang Hidup-Mu. Berikan kami kebijaksanaan dan iman yang diperlukan untuk menerima sukacita-Mu dengan rendah hati. Ajarlah kami melalui Roh dan firman untuk bertumbuh bersama-sama ke arah nama itu, lalu, mula mencerminkan sifat-sifat yang berkaitan dengannya. Demi kerajaan-Mu, demi kuasa-Mu, demi kemuliaan-Mu. Amin.

Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.

More

Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.