Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

"Hari 19: Israel, Hamba"
Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Allah adalah baik? Yesaya 49 bermula sebagai surat yang dihantar kepada semua bangsa-bangsa (ay. 1, "pulau-pulau … penduduk negeri-negeri yang jauh"), tetapi dibaca dan didengar oleh umat Israel. Oleh itu, pada dasarnya penulis itu berbicara kepada semua orang. Orang Yahudi telah dibuang dan ingin sekali dibawa pulang dan mereka tertanya-tanya dari manakah keselamatan itu akan datang. Yesaya membuat dakwaan menakjubkan bahawa "hamba itu" (ay. 3), yang telah disediakan untuk masa ini, akan menjadi orang yang membawa mereka pulang, tetapi kaedahnya mungkin bukan melalui kekuatan tentera, tetapi melalui kuasa kata-kata-Nya (ay. 2). Iaitu, apa yang dikatakannya dan dilakukannya akan membawa keselamatan yang sebenar, bukan sahaja pembebasan fizikal.
Perkara yang tidak disangka-sangka adalah kenyataan bahawa hamba yang penuh misteri ini bernama Israel (ay. 3) — sementara dia ialah seorang manusia, dia ialah orang yang ideal, yang merangkum semua sifat-sifat yang seharusnya dimiliki bangsa Israel. Bagi teks ini, kita perlu ingat bahawa bangsa Israel dimaksudkan untuk menjadi berkat kepada semua bangsa-bangsa (Kejadian 12), suatu perintah yang tidak pernah digenapi. Siapakah yang akan melakukan ini? Orang ini seharusnya sempurna untuk menjadi versi Israel yang ideal ini, dan bukan sahaja menyelamatkan orang Yahudi — supaya Allah dimuliakan (ay. 3), Dia juga perlu menjadi "cahaya untuk menerangi bangsa-bangsa" (ay. 6).
Kita tahu bahawa Allah adalah baik kerana Dia melihat umat-Nya yang tidak terkawal dan seluruh dunia ini dan membawa mereka kembali kepada hubungan bersama dengan-Nya (ay. 5). Bagaimana? Terjemahan ayat 6 kami berbunyi, "supaya seluruh dunia dapat diselamatkan," tetapi tatabahasa Ibrani adalah lebih jelas lagi, "untuk menjadi keselamatan-Ku kepada seluruh dunia." Yesus sebagai hamba bukanlah kaedah keselamatan Allah semata-mata, malah Dialah keselamatan itu — melalui kematian dan kehidupan-Nya.
Doa
Tuhan Yesus, hamba yang menderita dan Penebus, Engkau telah membawa kami balik kepada hubungan bersama-sama-Mu dengan menjadi keselamatan kami, membeli kami dengan nyawa-Mu, menyelamatkan kami daripada kematian. Berikanlah kami hati yang taat, yang dihangatkan kebenaran kebaikan-Mu yang terkandung dalam kepastian kasih-Mu untuk kami melalui kematian dan kebangkitan-Mu. Dalam Nama Kristus, amin.
Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.
More
Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.