Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

"Hari 15: Ditinggalkan"
Mazmur 22 merupakan mazmur yang pertama antara sekelompok mazmur, yang menggambarkan penderitaan seseorang yang kelihatannya menggemakan catatan Yesaya tentang hamba Tuhan yang menderita. Baris pertama mazmur ini mungkin biasa kepada kita kerana Yesus menyerukan kata-kata yang sama semasa disalib. Namun, mazmur ini ditulis oleh Daud, banyak generasi sebelum peristiwa itu. Walau apa pun penderitaan peribadi yang diceritakan oleh Daud, dia jugalah membuat gambaran berupa ramalan tentang penderitaan penebusan Kristus pada salib beberapa ribu tahun kemudiannya.
Yesus pasti telah membaca mazmur ini berulang kali dalam hidup-Nya semasa beribadat di rumah Allah. Tidak diragui bahawa Dia telah menghafalnya, memandangkan ia datang dalam fikiran-Nya dengan mudah semasa disalibkan.
Menyedari apa yang akan dihadapi-Nya, Yesus boleh menghabiskan hidup-Nya dalam ketakutan atau kebimbangan. Sebaliknya, Dia, seperti Daud sebelum-Nya, berpaut pada apa yang diketahui-Nya adalah benar: Allah adalah kudus, Allah ialah Allah-Nya, dan Allah bersifat boleh dipercayai sepanjang hidup-Nya. Berdasarkan kebenaran ini, Daud merayu kepada Allah agar kekal dekat kepadanya. Walau bagaimanapun, Yesus sedar bahawa penderitaan terbesar yang akan dihadapi-Nya adalah pembuangan Allah, supaya Allah tidak akan meninggalkan umat-Nya.
Mazmur ini berakhir dengan pujian dan nada kemenangan: "TUHAN telah menyelamatkan umat-Nya." Yesus tetap bertahan, menanggung dosa kita, dan membeli perdamaian kita dengan Allah. Sifat mesias mazmur ini menjadi jelas apabila Daud mengisytiharkan bahawa generasi sebelumnya yang telah mati dan juga generasi yang akan datang akan menyedari bahawa Allah ini adalah Allah yang menyelamatkan umat-Nya daripada penderitaan. Disebabkan Yesus telah ditinggalkan sepenuhnya oleh Allah (demi kita!), kita boleh berasa yakin bahawa kita tidak akan ditinggalkan, walaupun, dalam penderitaan kita, Allah kelihatan berjauhan atau senyap apabila kita memanggil-Nya.
Doa
Allah yang berbelas kasihan, kami memuliakan-Mu kerana Yesus mengetahui maksudnya dipisahkan daripada-Mu, kami tidak perlu mengalaminya. Kuatkan iman kami untuk benar-benar mempercayai ini terutamanya apabila kami rasa kami mempunyai alasan untuk meraguinya. Dalam Nama Kristus, amin.
Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.
More
Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.