Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

"Hari 40: Kubur"
Dakwaan utama mesej bersejarah Kristian adalah Yesus Kristus telah dibangkitkan daripada kematian. Walaupun nampaknya agak menggoda untuk beralih daripada hari Jumaat ke Ahad dengan segera, daripada salib ke kebangkitan, Matius berhenti sejenak dan membawa kita melalui kesunyian dan keheningan kubur.
Ramai orang telah mencuba menghapuskan harapan keKristianan, mencadangkan bahawa sebenarnya Yesus tidak mati ataupun murid-murid yang ghairah telah mencuri mayat-Nya untuk mengesahkan dakwaan mereka tentang Penyelamat yang telah bangkit. Namun, waktu selang Matius antara nafas terakhir dan kemunculan pertama berbicara secara jelas tentang kematian yang benar, kubur yang sunyi, dan situasi yang kelihatan tidak ada harapan untuk berjaya.
Roma adalah teliti dalam melaksanakan hukuman mati, terutamanya terhadap orang yang dituduh menderhaka. Kenyataan bahawa Yusuf dapat mendapatkan kembali mayat-Nya bermaksud pertandanya berasa puas hati dengan perbuatan mereka. Orang Yahudi, sepanjang Perjanjian Lama, akan menimbun batu atas penjenayah yang paling keji untuk menunjukkan bagi sesetengah orang, tiada kehidupan selepas mati. Kenyataan bahawa satu batu yang besar digunakan untuk menutupi pintu masuk kubur bermaksud tiada jangkaan kehidupan selepas mati bagi kubur ini. Kubur ini masihlah tenang, gelap, sunyi.
Ini sepatutnya nasib kita dan takdir manusia. Walau bagaimanapun, harapan kita adalah melalui Dia yang telah dikuburkan di hadapan kita, wujudnya jalan melalui dan menempuh dunia baru yang sedang dicipta Allah. Ia merupakan harapan bahawa kerana Dia telah mengalahkan kuasa kematian, kita juga boleh mengalami kehidupan baru bersama dengan-Nya. Gambaran Matius tentang kubur adalah peringatan bahawa kubur adalah sunyi, namun, kesunyian itu hanya akan berlanjutan selama sehari lagi.
Doa
Bapa, ingatkan kami bahawa kegelapan kubur akan segera dikalahkan oleh kecerahan hari ketiga. Dalam Nama Kristus, amin.
Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Kitab
Perihal Pelan

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.
More
Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.