Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

"Hari 16: Pejuang"
Mazmur 68:7-18 merupakan lagu pujian akan kuasa Allah dalam keselamatan. Terdapat tiga pergerakan dalam petikan ini. Ayat 8-11 menggambarkan kuasa Allah dalam menyelamatkan umat Israel daripada perhambaan di Mesir. Kemudian, ayat 12-15 menceritakan kuasa Allah pada masa sekarang untuk memelihara umat-Nya apabila mereka hidup di kalangan musuh mereka. Akhirnya, ayat 16-19 bergirang hati dengan kuasa Allah yang akan membawa umat-Nya pulang dengan selamat ke gunung Allah.
Tiga pergerakan ini menggambarkan kehidupan seseorang Kristian. Kita ialah golongan yang telah diselamatkan daripada perhambaan dosa dan kematian, dipelihara dalam perjalanan semasa kita, dan telah diberikan janji bahawa kita akan pulang dengan selamat. Bagaimanakah kebenaran menakjubkan ini mungkin berlaku? Manfaat ini telah diperoleh untuk kita kerana pejuang kita.
Mazmur 68:19 merujuk kepada seseorang yang telah naik ke tempat yang tinggi, memimpin banyak orang tawanan bersama-sama-Nya. Menurut St. Paulus, petikan ini menggambarkan Yesus Kristus, khususnya kemenangan yang dicapai-Nya melalui kebangkitan-Nya daripada kematian (Efesus 4:8).
Dalam Ibrani 12:2, kita dimaklumkan supaya menumpukan perhatian kita pada Yesus, archegos iman kita. Walaupun ia telah banyak diterjemahkan sebagai "penguasa" atau "pelopor," terjemahan yang terbaik ialah "pejuang." Dalam kata lain, Yesus berdepan dengan dosa dan kematian dan telah menang! Dia bertempur bagi pihak kita dengan kematian dan mencapai kemenangan. Kini, kita boleh bertenang dalam-Nya, menyedari bahawa kuasa yang sudah membangkitkan-Nya daripada kematian, akan membangkitkan kita daripada kematian juga (1 Korintus 6:14).
Adakah anda berasa risau pada hari ini, mungkin berasa takut tentang masa depan? Biarlah kebenaran ayat-ayat ini menjadi peringatan bahawa kuasa Allah hadir dalam kehidupan anda kerana pekerjaan pejuang kita. Oleh-Nya, kita telah dibebaskan daripada perhambaan, dan dipelihara hari demi hari, dan melalui kasih karunia-Nya kita akan pulang dengan selamat.
Doa
Bapa di syurga, kami bersyukur kerana kuasa yang hadir dalam kehidupan kami kerana pejuang kami, Yesus Kristus, dan kami memohon pada hari ini agar kami akan dilengkapi keberanian dan sukacita kerana Dia yang telah naik ke tempat yang tinggi. Dalam Nama Kristus, amin.
Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.
More
Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.