Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

"Hari 17: Nama"
Semasa pelantikan raja Israel, orang Israel akan mengucapkan doa seperti yang tercatat dalam Mazmur 72. Doa ini bukan sahaja mengakui raja itu, malah menyatakan jangkaan serta kriteria terhadap pemimpin mereka. Raja ini dilihat sebagai saluran berkat kepada rakyatnya daripada Allah dan dia dijangka mendukung standard keadilan dan kebenaran ilahi. Memandang raja untuk belas kasihan dan pembebasan orang yang lemah bukanlah pemikiran yang terlalu lurus atau angan-angan, tetapi pengharapan yang berakar umbi dalam sifat orang yang telah mengurapinya. Allah Israel semula jadinya seorang penyelamat dan pembantu kepada golongan yang tidak berdaya, demikian jugalah seseorang raja. Doa untuk ketahanan nama raja adalah berdasarkan pengharapan tersebut, bahawa raja itu akan memenuhi komitmennya terhadap golongan yang lemah, maka, doa untuknya memaksudkan keselamatan dan kebahagiaan untuk semua pihak.
Akan tetapi, sejak dahulu sehingga sekarang, tiada raja atau pemimpin yang berupaya memenuhi standard ilahi ini. Kini, ramai orang telah kehilangan kepercayaan dalam pemimpin kita dan tidak mempercayai mereka, sementara orang lain menghabiskan kehidupan dan wang mereka untuk menaikkan nama ini ataupun nama itu sebagai orang yang akan menyelamatkan kita. Sebagai pengikut Kristus, kita boleh mengetahui bahawa Allah telah memberikan kepada kita, Dia dengan nama yang betul-betul akan membebaskan golongan yang berkeperluan, miskin dan tidak berdaya. Kita boleh mengetahui bahawa dalam Kristus, kita memiliki raja yang bukan sahaja mengambil berat tentang keperluan dan penderitaan kita, malah, dengan penuh belas kasihan mengaitkan diri dengannya. Kita boleh mengetahui bahawa dalam Kristus, doa untuk kemakmuran nama dan pemerintahannya bermaksud kedamaian dan berkat untuk semua orang. Adakah anda mengetahui bahawa Raja itu benar-benar mengambil berat tentang anda dan semua keperluan anda? Sudahkah anda memanggil nama-Nya?
Doa
Allah yang maha berkuasa, kami memuji-Mu kerana Anak-Mu ialah raja yang kami inginkan dan perlukan; kerana belas kasihan-Nya jauh lebih besar daripada apa-apa yang pernah kami lihat. Bantulah kami untuk mempercayai dan mentaati-Mu sebagai raja kami yang benar, dan semoga nama-Mu dipuji selama-lamanya. Dalam Nama Kristus, amin.
Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Kitab
Perihal Pelan

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.
More
Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.