Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

"Hari 11: Anak"
Pra-Paskah adalah musim pertaubatan dan kerendahan hati, masa di mana kita dipanggil untuk mempertimbangkan dosa dan kelemahan kita berdasarkan kemuliaan dan kesempurnaan Allah, Raja kita. Mazmur 2 merupakan yang pertama antara banyak mazmur yang dikatakan "Mazmur diraja," yang memfokus pada sifat raja Allah. Mazmur ini membuka dengan soalan yang dijawab sendiri, menyatakan pemberontakan dan pembebasan diri daripada kekuasaan Allah sebagai keinginan bangsa dan raja yang berkomplot menentang Raja yang sebenar. Reaksi "TUHAN dari takhta-Nya dari syurga" adalah ketawa yang mencemuh, menegaskan cemuhan Dia yang tidak akan dicemuh.
Reaksi itu bukan sahaja suatu ejekan, malah suatu tindakan. Tuhan merujuk kepada Anak-Nya, raja yang sebenar dan benar, yang akan datang dan mencapai segala sesuatu yang pada asalnya dijangkakan daripada Daud dan seluruh keturunannya. Semua ini adalah milik-Nya dan pemerintahan-Nya ke atas semua raja dan bangsa yang palsu menampakkan bahawa sikap pemberontak bukan sahaja bodoh, tetapi bahaya. Dalam gambaran indah yang bertentangan dan ironik, "tukang periuk" (Yesaya 45:9) akan menghempaskan hidup mereka seperti belanga yang hancur, yang diinjak-injak dan pada dasarnya menjadi tidak berguna — sampah di atas tanah.
Sementara mazmur ini bersifat serius dari segi penghakimannya, ia juga menawarkan harapan yang besar. Ia menunjuk kepada Anak ilahi yang sebenar, yang datang untuk menjadi raja yang terakhir dan satu-satunya raja yang betul-betul benar, yang akan mentaati Bapa dengan sempurna dan memutuskan belenggu dosa untuk membebaskan kita. Disebabkan Kristus telah menyelesaikan misi-Nya di bumi, Dia pasti boleh berkata: "Aku telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi" (Matius 28:18). Dialah yang tercatat dalam Alkitab: "Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri. Dia memelihara keutuhan alam semesta ini dengan firman-Nya yang berkuasa." (Ibrani 1:3).
Doa
Raja dan Bapa kami, kemuliaan dan kesempurnaan menyertai-Mu. Terima kasih kerana memberikan kami Anak-Mu, yang mencerminkan kemuliaan-Mu dan menjadi perantara kami, membela kami, dan mengutuskan Roh Kudus kepada kami untuk memimpin kami kepada segala kebenaran. Dalam Nama Kristus, amin.
Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.
More
Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.