Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

HARI 10 DARIPADA 40

"Hari 10: Raja"

Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri tentang Yesus. Barangkali dua pendapat yang paling biasa adalah Dia ialah guru yang bijak atau teladan yang baik. Walau bagaimanapun, petikan ini, iaitu petikan yang paling kerap dipetik dalam Perjanjian Baru, memberitahu kita dua peranan Yesus — imam dan raja.

Raja dalam Mazmur 110 tidak ada bandingannya dari segi kuasa dan kekuatan. Dia duduk di sebelah kanan Allah di tempat pemerintahan tertinggi. Dia dijaminkan kemenangan ke atas musuh-musuh-Nya dan Dia memerintah umat-Nya dalam cara yang membuat mereka mengikut-Nya secara sukarela. Dia menewaskan raja yang menentang-Nya dan menghukum bangsa-bangsa. Dia ditinggikan dan mempunyai kemenangan yang pasti atas semua musuh-Nya.

Apabila Yesus bangkit daripada kematian dan naik ke syurga, Allah telah memulihkan-Nya ke tempat asal-Nya di sebelah kanan-Nya. Kebangkitan-Nya mewajarkan status-Nya sebagai Anak Allah dan penabalan-Nya sebagai raja yang sah ke atas ciptaan. Dia telah menewaskan kuasa dosa dan kematian dan kini Dia memerintah sebagai raja. Ini bermaksud Yesus memiliki kuasa dan kuat kuasa untuk melindungi kita daripada segala kejahatan dan kekejaman dan bahawa Dia layak menerima kesetiaan dan ketaatan sepenuh kita.

Mazmur ini juga memberitahu kita bahawa Yesus ialah raja-imam. Imam mempersembahkan korban dan doa bagi pihak umatnya. Namun, Yesus ialah imam selama-lamanya daripada keturunan Melkisedek, yang lebih besar daripada semua imam yang lain. Yesus mempersembahkan diri-Nya sebagai korban yang sempurna untuk dosa kita dan Dia terus menjadi perantara kita. Dia mengenakan kita dengan pakaian indah, supaya melalui-Nya, kita boleh mendekati Allah.

Doa

Bapa, terima kasih kerana Engkau telah membangkitkan Yesus daripada kematian dan menempatkan-Nya di sebelah kanan-Mu, jauh lebih tinggi daripada semua pemerintah, penguasa, pemimpin, dan raja dan jauh lebih berkuasa daripada sesiapa pun, baik yang hidup pada zaman ini mahupun pada zaman yang akan datang, Tolonglah saya untuk mempercayai-Nya setiap hari sebagai imam dan raja kami. Dalam Nama Kristus, amin.

Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.

More

Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.