Info Pelan

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

HARI 21 DARIPADA 21

Allah Itu Bapa Kita



Pernahkah anda berhubungan dengan seseorang yang membuat anda rasa istimewa? Orang yang mempunyai "hubungan" mendapat layanan istimewa. Mereka mungkin mendapat pas ke belakang pentas konsert, hak masuk ke bilik VIP dengan bufet, atau tempat duduk yang terbaik di stadium. Hubungan tersebut mengubah kita kepada seseorang, bukan kerana merit kita, tetapi berdasarkan siapa yang kita kenal.



Dalam Alkitab, kita diberitahu berulang kali bahawa apabila kita menerima Yesus, kita menjadi anak Allah.



Dalam Alkitab, kita diberitahu berulang kali bahawa apabila kita menerima Yesus, kita menjadi anak Allah. Wau, itu adalah satu hubungan yang hebat! Adakah terdapat agama atau sistem kepercayaan lain yang menawarkan untuk mengangkat anda sebagai anak pencipta dunia (Roma 8:15-17)?



Alkitab juga menyatakan bahawa kita boleh berseru kepada Allah sebagai "ya Abba, ya Bapa" (Roma 8:15). Ini merupakan istilah yang intim yang sama dengan perkataan, "Ayah." Jika kita mempunyai Allah sebagai ayah kita, itu mengubah pendekatan kita terhadap-Nya. Kita berubah daripada berasa seperti hamba yang takut akan Allah yang tidak dapat dikenali kepada anak yang boleh mendekati-Nya dan duduk di atas riba-Nya untuk dikasihi-Nya dan belajar daripada-Nya. Kita melihat Dia sebagai seseorang untuk didekati semasa menghadapi masalah dan bukannya seseorang yang harus dielakkan ketika bermasalah.



Allah sebagai ayah kita mengubah cara kita melihat diri kita juga. Apabila kita melihat diri sebagai anak kesayangan Allah, kita melihat diri sebagai seseorang yang penting walau di mana pun kita duduk di stadium.



Renungan:




  • Adakah isu-isu hubungan anda dengan bapa duniawi anda menghalang anda daripada melihat Allah sebagai "Ayah"? Bagaimanakah anda rasa menghabiskan masa dengan "Abba" melalui pembacaan Alkitab dan mengenali-Nya akan mengubah pandangan anda tentang siapa Dia yang sebenarnya?

  • Sudahkah anda menjalin hubungan dengan Allah untuk menjadi anak-Nya? Jika belum, anda boleh berbuat demikian sekarang.

Hari 20

Perihal Pelan

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://newspring.cc

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami