Info Pelan

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

HARI 16 DARIPADA 21

Allah Itu Penghibur Kita



Doktor itu berjalan masuk kelihatan terseksa dan membawa diagnosis kanser yang positif. Seorang polis mengetuk pintu untuk menyampaikan berita yang tidak ingin didengar oleh mana-mana ibu bapa. Seseorang yang berjanji tidak akan mengabaikan anda meninggalkan anda. Sepucuk surat penolakan menghapuskan rancangan masa depan anda.



Kadang kala kita semua memerlukan penghiburan. Penderitaan, seksaan jiwa, dan tragedi terdapat di semua tempat. Tiada cara fizikal untuk melepaskan diri daripada semua itu. Walau bagaimanapun, kita tidak terperangkap atau ditakdirkan untuk menerima pukulan seterusnya kerana kita melayani Allah yang merupakan Bapa segala belas kasihan dan penghiburan.



Dalam 2 Korintus 1:3-4, Paulus bercakap daripada pengalaman tragisnya tentang kuasa penghiburan Allah. Kesukaran tidak asing pada Paulus. Ia mengalami penderitaan yang amat banyak yang patut mematahkan semangatnya. Namun, ia tahu ke mana ia harus tujui semasa kesulitan, dan ia bersaksi secara berulang kali tentang kesetiaan dan kenyataan dakapan Allah yang menghiburkan. 



Kehidupan Paulus bukan sahaja menunjukkan keadaan menerima belas kasihan luar biasa, malah ia menunjukkan bagaimana belas kasihan yang sama itu berlimpah-limpah kepada orang lain. Paulus telah mengabdikan kehidupannya untuk berkongsi Injil. Ia merupakan seorang pendorong yang menakjubkan bagi orang Kristian di seluruh dunia, walau apa pun keadaannya. Namun, Paulus bukan adi wira. Kesan pelayanannya adalah akibat langsung Roh Kudus dalam-Nya. Apabila Paulus berpaut pada Allah, penghiburan penyayang yang diterimanya adalah lebih daripada mencukupi untuk dikongsikan dengan orang lain.



Belas kasihan Allah tidak berhujung. Keinginan dan keupayaan-Nya untuk mendakap kita tidak dikekang oleh keadaan. Sama ada kesukaran kita diakibatkan oleh tindakan orang lain, keputusan kita yang tidak bijak, ataupun kebetulan sahaja, Allah ingin menjadi perlindungan dan kekuatan kita. 



Seperti Paulus, kita mempunyai Roh Kudus dalam kita. Itu bermaksud kita memiliki jumlah penghiburan yang tidak terhad untuk diterima dan diberikan kepada orang lain. 



Renungan:




  • Biasanya, bagaimanakah anda memberikan respons terhadap situasi yang sukar? 

  • Dalam lingkungan kehidupan anda yang manakah anda pernah melihat penghiburan Allah?

  • Adakah anda mengenali seseorang yang memerlukan penghiburan yang hanya dapat diberikan oleh Allah? Bagaimana rupanya menghiburkan orang tersebut sebagaimana Allah telah menghiburkan anda pada masa lalu? 

Hari 15Hari 17

Perihal Pelan

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://newspring.cc

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami