Info Pelan

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

HARI 20 DARIPADA 21

Allah Itu Baik



Mazmur 119 mengisytiharkan bahawa Allah itu baik dan perbuatan-Nya adalah baik (Mazmur 119:68). Walau bagaimanapun, kita semua menghadapi keadaan yang membuat kita mempersoalkan kebaikan Allah. 



Apabila anda menghadapi keadaan yang sukar atau menyeksakan, anda mungkin mendapati diri bertanya, "Jika Allah itu baik, mengapakah Dia membenarkan perkara buruk untuk berlaku?" Ini merupakan respons biasa apabila kehidupan menjadi kucar-kacir. Memanglah susah untuk bernyanyi tentang Bapa yang baik apabila kita mengalami kesakitan, kemandulan, atau kehilangan pekerjaan. 



Cara terbaik untuk mengatasi keraguan tentang kebaikan Allah adalah memahami kepentingan perspektif. Anak Allah juga perlu menghadapi keadaan yang sukar dan menyeksakan semasa di dunia ini. Dia diseksa dan mengalami kematian yang menyakitkan dan tidak adil. Walau bagaimanapun, kematian dan kebangkitan Yesus juga membuka jalan bagi kita berdamai dengan Allah. Melalui sesuatu yang kelihatan tidak baik, Allah berupaya melakukan sesuatu yang amat baik.



Ada kalanya, anda akan berupaya mengenang musim yang menyeksakan dan melihat bagaimana Allah telah menggunakan musim itu untuk kebaikan pada akhirnya. Pada waktu lain, anda tidak mungkin memahami sepenuhnya tujuan penderitaan anda di dunia ini.



Perkara buruk berlaku dalam kehidupan dan akan terus berlaku selama kita hidup dalam dunia yang rosak ini. Namun, Yesus telah memberitahu kita supaya tidak berputus asa kerana Dia telah mengalahkan dunia (Yohanes 16:33). Jika kita berhubungan dengan Yesus, kita memiliki harapan menghabiskan keabadian dengan Allah di syurga, walau apa pun kejahatan yang kita hadapi di dunia ini.



Roma 8:28 menyatakan, "Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya." Kita boleh mempercayai bahawa Allah itu baik, walaupun ketika keadaan kita adalah tidak munasabah. Kita tidak dapat melihat perkara sebagaimana Allah melihatnya, tetapi kita boleh mempercayai bahawa daripada perspektif-Nya semua penderitaan kita akan dikendalikan ke arah sesuatu yang baik.



Renungan:




  • Apakah keadaan yang pernah menyebabkan anda mempersoalkan kebaikan Allah?

  • Bagaimanakah mempertimbangkan perspektif Allah mempengaruhi tanggapan anda tentang kebaikan-Nya?

Hari 19Hari 21

Perihal Pelan

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://newspring.cc

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami