Info Pelan

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

HARI 14 DARIPADA 21

Allah Itu Murka (Dan Itu Adalah Baik)



Kita tidak suka memikirkan tentang kemurkaan Allah. "Kemurkaan" membuat kita fikir tentang kemarahan yang tidak terkawal dan hukuman yang akan berlaku. Memanglah sukar untuk mengaitkan perkataan itu dengan Bapa syurgawi yang mengasihi kita sepenuhnya.



Walau bagaimanapun, sebenarnya kerana Allah mengasihi kitalah Dia rasa murka. Tidak seperti kemurkaan manusia, hukuman Allah bersifat kudus kerana hukuman itu bukan akibat keberangan. Dia tidak pernah hilang kawalan. Kemarahan Allah menentang dosa dan kejahatan kerana dosa memusnahkan kita dan mengasingkan kita daripada Dia. Kita tidak mahu allah yang tidak menentang dosa dan kejahatan. Hanya Allah yang mengasihi kita boleh membenci dosa sehinggakan Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kita daripada dosa (Efesus 2:1-4).



Setiap manusia, sehingga Roh Kudus mengubah mereka, ialah musuh Allah.



Alkitab mengatakan bahawa Allah sabar dengan kita, meskipun ketika kita melawan-Nya, kerana Dia ingin semua orang diselamatkan (Roma 9:22-23). Setiap manusia, sehingga Roh Kudus mengubah mereka, ialah musuh Allah (Roma 8:7-8). Kita membenci-Nya kerana kita ingin menjadi bos sendiri, tetapi Allah memberitahu kita bahawa "Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku" (Yohanes 14:15).



Allah telah memberikan kita segala sesuatu. Dia cuma meminta agar kita melayani-Nya dan mengasihi-Nya. Allah membenci dosa dan kejahatan, dan kita harus membenci dosa dan kejahatan juga. Akan tetapi, kita tidak berbuat demikian. Jadi, kita patut menghadapi kemurkaan-Nya. Namun, Allah amat mengasihi kita sehinggakan Dia mengutus Yesus untuk menghadapi kemurkaan-Nya di tempat kita (Yohanes 3:16). 



Jika kita tidak patut menghadapi kemurkaan Allah, maka, Yesus mati sia-sia. Walau bagaimanapun, jika kita menerima kematian Yesus sebagai hukuman yang kita patut terima, sudah pasti kemurkaan Allah tidak akan menimpa kita.



Renungan:




  • Pernahkah anda fikir bahawa diri anda patut menghadapi kemurkaan Allah? Mengapa ya atau mengapa tidak?

  • Apakah satu perkara yang anda belajar tentang kemurkaan Allah yang membuat anda rasa kagum akan Dia?

  • Adakah anda ingat akan satu masa di mana anda telah meminta Yesus untuk menanggung kemurkaan Allah bagi pihak anda dan menjadi penyelamat anda? Jika ya, luangkan beberapa minit untuk mengucapkan syukur kepada Yesus kerana menyelamatkan anda. Jika tidak, anda boleh membuat keputusan itu hari ini. Ketahui lebih lanjut di sini.

Hari 13Hari 15

Perihal Pelan

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://newspring.cc

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami