Info Pelan

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

HARI 13 DARIPADA 21

Allah Itu Penuh Dengan Rahmat



"Hari ini adalah hari yang baik untuk hari yang baik" telah menjadi satu frasa yang popular kebelakangan ini. Frasa ini mungkin bersifat klise. Namun, klise ialah klise kerana bersifat benar.



Rahmat Allah selalu baru setiap pagi (Ratapan 3:23). Setiap hari, Allah menyatakan rahmat-Nya kepada kita dalam cara yang belum pernah dialami sebelum ini.



Apabila kita bangun tidur, kita perlu membuat pilihan. Kita boleh menerima rahmat Allah dan memilih untuk menjalani hari yang baik. Ataupun, kita boleh berfikir tentang dosa serta pergumulan hari sebelumnya, dan memilih untuk menjalani hari yang buruk.



Allah itu penuh dengan rahmat. Belas kasihan Allah yang penuh rahmat tidak terbatas dan tidak habis-habis. Allah menunjukkan kepenuhan rahmat-Nya dengan mengutus Yesus untuk menanggung hukuman yang patut diberikan kepada kita. Allah menanti dan bekerja sekarang ini agar semua orang berbalik kepada Yesus dan hidup di bawah pembenaran-Nya (2 Petrus 3:9).



Setiap hari, kita bangun semula dan memulakan semula. Walau apa pun yang kita lakukan pada hari sebelumnya, rahmat Allah sedia ada kepada kita hari ini. Kita telah diberikan rekod yang bersih. Persoalannya adalah apakah yang akan anda lakukan dengan itu?



Renungan:




  • Adakah terdapat mana-mana lingkungan dalam kehidupan anda di mana apa yang kelihatan seperti ketidakgiatan Allah sebenarnya ialah rahmat-Nya?

  • Bagaimanakah pemahaman bahawa Allah itu penuh rahmat mengubah pandangan anda tentang siapa Dia itu dan bagaimana Dia bekerja dalam kehidupan kita?

Hari 12Hari 14

Perihal Pelan

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://newspring.cc

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami