Info Pelan

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

HARI 15 DARIPADA 21

Allah Itu Penuh Dengan Kurnia



Kurnia (kasih karunia) mungkinlah satu konsep yang sukar difahami. Allah kerap digambarkan sebagai berbelas kasihan, tetapi apakah maksud itu bagi kita? Kita bernyanyi tentangnya, kita membaca tentangnya, dan kita bercakap tentangnya. Walau bagaimanapun, adakah kita memahaminya?



Banyak antara kita menjalankan kehidupan dengan anggapan bahawa kurnia Allah adalah sama seperti kurnia manusia — tidak sempurna, berasaskan pertukaran, reaktif, dan tertakluk kepada perubahan. Kita rasa tertekan untuk memperoleh kurnia, dan kita mempunyai musuh yang ingin kita tetap rasa tertekan kerana itu. 



Kurnia adalah satu hadiah, dibeli oleh kematian Yesus di salib dan diberikan secara percuma kepada kita kerana kasih Allah bagi kita.



Namun, Alkitab jelas mengatakan bahawa kurnia ini adalah satu hadiah, dibeli oleh kematian Yesus di salib dan diberikan secara percuma kepada kita kerana kasih Allah bagi kita. Kurnia Allah, perkenanan-Nya yang tidak patut diterima oleh kita, bukanlah anugerah bagi usaha manusia. Kurnia Allah berasaskan sepenuhnya pada siapa Dia itu dan siapa kita dalam-Nya. 

Allah memberikan kita kurnia kerana Dia ingin memberikannya. Oleh kurnia, kita telah dijadikan anak angkat dalam keluarga-Nya, hutang kita telah dilunaskan dan dosa kita telah diampunkan. Memanglah perkenanan dan kehendak-Nya untuk memberikan perkara ini kepada kita apabila kita mempercayai Yesus. 



Tiada orang boleh melucutkan atau mengurangkan kuasa pertukaran luar biasa ini. Apabila kita betul-betul mengalami kurnia Allah, kita pasti akan tertarik kepada Dia yang memberikan kurnia kepada kita. Kita kurang bimbang tentang membuat silap dan lebih menumpukan perhatian pada mengenali Allah yang mengasihi kita sedemikian banyak. 



Bagaimana jika kita berhenti memenatkan diri dengan percubaan memperoleh perkenanan Allah dan hanya meminta-Nya untuk membantu kita melihat serta menerima apa yang sudah menjadi milik kita itu? Betapa berbezakah kehidupan anda setelah anda berbuat demikian?



Renungan: 




  • Dalam lingkungan kehidupan anda yang manakah anda bergumul untuk menerima kurnia? 

  • Adakah anda mendapati sukar untuk memberikan kurnia kepada orang lain? Mintalah Allah untuk membantu anda memandang kelemahan orang lain sebagaimana Dia memandang kelemahan anda.

  • Adakah anda rasa betul-betul telah dijadikan anak angkat, ditebus, dan diampunkan? Jika tidak, mintalah Allah untuk iman menerima hadiah percuma ini yang Dia ingin berikan kepada anda.

Hari 14Hari 16

Perihal Pelan

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://newspring.cc

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami