Info Pelan

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

HARI 18 DARIPADA 21

Allah Itu Maha Mengetahui



Anda masih ingat percubaan melepaskan diri daripada sesuatu semasa kecil? Nenek saya selalu cepat berkata, "Saya mungkin tidak perasan, tetapi Allah tahu." 



Pada suatu ketika, anda mungkin tertanya-tanya, "Adakah Dia mengetahui segala sesuatu?" 



Jawapannya ialah ya, Dia mengetahui segala sesuatu. Allah itu maha mengetahui. Dia mempunyai kesedaran, pemahaman, dan wawasan yang tidak terbatas. 



Mazmur 139 bermula dengan, "Ya TUHAN, Engkau telah menyelami hatiku, dan Engkau mengenal aku." Perkataan "mengenal" dalam bahasa Ibrani ialah "yada," yang bermaksud mengetahui (kerana diberitahu), memahami (kerana diamati), menyedari, mempertimbangkan. Perkataan ini muncul lebih daripada 900 kali dalam Perjanjian Lama. 

 



Mazmur 139 mengingatkan kita bahawa Allah mengetahui apa yang akan kita katakan sebelum kita bercakap (Mazmur 139:4). Allah mengenali kita sebelum kita dilahirkan (Mazmur 139:13, Yeremia 1:5). Dia mengetahui hati kita, dan Dia mengetahui kerisauan kita (Mazmur 139:23, Yeremia 12:3). Dia mengetahui segala sesuatu. 

Allah mengetahui setiap fikiran dan tindakan berdosa yang pernah saya lakukan atau akan lakukan. Itu mungkin kelihatan menakutkan, tetapi itu sebenarnya membebaskan. Allah mengetahui segala sesuatu yang anda pernah lakukan, tetapi Dia masih mengasihi anda. Dia masih mengutus Anak-Nya untuk berkorban demi anda. 



Kita tidak mungkin terlepas perhatian Allah, jadi bagaimanakah kita harus memberikan respons? Adakah kita rasa takut? Adakah kita berputus asa? 



Tidak! Seperti yang dilakukan oleh Daud, kita meminta Allah untuk menyelidiki kita, menyelami hati kita, menguji kita dan memimpin kita (Mazmur 139:23-24). Kita memberikan respons pujian dan kesyukuran dengan kesedaran bahawa Allah yang mengetahui segala sesuatu memimpin kita sepanjang kehidupan kita.

 



Renungan:




  • Bagaimanakah rasanya mengetahui bahawa Allah mengetahui setiap perincian tentang kehidupan anda dan masih mengasihi anda?

  • Bilakah kali terakhir anda meminta Allah untuk menyelami hati anda? Luangkan beberapa minit untuk berbuat demikian hari ini. 

  • Bagaimanakah anda boleh mengambil tindakan berdasarkan apa yang anda dengar daripada Allah atau baca hari ini?

Hari 17Hari 19

Perihal Pelan

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://newspring.cc

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami