Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

HARI 32 DARIPADA 40

"Hari 32: Perempuan yang Berzina"

Taurat adalah jelas — berzina adalah kesalahan hukum bunuh dengan dua pihak yang bersalah: "Jika seorang lelaki tertangkap basah ketika bersetubuh dengan isteri orang lain, kedua-dua mereka mesti dihukum mati" (Ulangan 22:22). Oleh itu, berdasarkan Taurat, guru Taurat dan ahli Farisi membawa seorang perempuan yang didapati berzina kepada Yesus untuk direjam. Di manakah lelaki itu? Mereka tidak mengambil berat tentang itu. Hal yang menjadi tumpuan mereka bukanlah Taurat. Mereka ingin memerangkap Yesus.

Walau bagaimanapun, Yesus tidak terpedaya. Dia berkata, "Sesiapa di kalangan kamu yang tidak berdosa boleh melemparkan batu pertama untuk merejam dia." Sudah pasti, Yesus tidak mencadangkan suatu sistem kehakiman yang baru; tiada penjenayah akan dianggap bertanggungjawab jika hakim perlu tanpa dosa. Yesus menegaskan sesuatu – sesuatu yang kerap dikata-Nya kepada orang Farisi. Dia kerap mengatakan kepada mereka hal seperti, "Carilah makna ayat Alkitab ini: ‘Aku menghendaki belas kasihan dan bukan korban binatang’" (Matius 9:13; c.f., Matius 12:1-8; Yohanes 7:21-23). Dengan kata lain, Dia memberitahu mereka bahawa mereka terlepas bahagian Taurat yang paling penting – bahawa asasnya ialah kasih (Matius 22:34-40; Matius 7:12; Galatia 5:14). Maka, walaupun mereka kelihatan berminat untuk mendukung Taurat, mereka sebenarnya melanggarnya kerana mereka tidak bertindak berasaskan kasih, kasih karunia, kerendahan hati dan belas kasihan.

Jadi, mereka meninggalkan tempat itu. Dan Yesus memberitahu perempuan itu, "Aku pun tidak menghukum kamu. Pergilah dan janganlah berdosa lagi." Dia tidak mengatakan, "Tidak menjadi hal sama ada kamu berdosa atau tidak." Sebaliknya, Dia berkata, sebenarnya, "Aku membina kebenaran kamu berasaskan kasih dan kasih karunia. Oleh itu, jangan berdosa — bukanlah kerana kamu takut akan hukumannya, tetapi kerana kamu telah menemui Aku dan telah diselamatkan oleh kasih karunia."

Doa

Tuhan, kami meninggikan nama Yesus kerana kebenaran-Nya telah diberikan kepada kami melalui kasih karunia sahaja! Oleh itu, semasa kami cuba untuk tidak berdosa lagi, bantulah kami untuk merindukan kekudusan dan kebenaran hasil daripada kesedaran mendalam bahawa kami telah diselamatkan melalui kasih karunia. Dalam Nama Kristus, amin.

Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.

More

Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.