Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

HARI 31 DARIPADA 40

"Hari 31: Pesakit Kusta"

Menghidapi penyakit kusta adalah sesuatu yang paling tragis kepada seseorang pada zaman purba. Bila-bila seseorang pesakit kusta berada dekat orang lain, dia perlu berseru "najis! najis!" supaya orang yang sedang lalu di situ boleh menjauhkan diri. Seseorang pesakit kusta mesti tinggal "di luar perkhemahan," untuk mengurangkan risiko menjangkiti orang lain (Imamat 13:45-46). Menghidapi penyakit kusta bermaksud terasing daripada orang lain dan boleh dikatakan terhina.

Yesus datang dan mengubah segala-galanya. Salah satu keindahan besar Injil adalah betapa kerapnya ia mencatatkan interaksi Yesus dengan pesakit kusta. Dia mendekati mereka dan didekati mereka. Dia melayan mereka dengan rasa hormat dan kebaikan hati. Dia juga melakukan perkara yang tidak diduga: Dia menyentuh mereka, dan sentuhan-Nya mentahirkan mereka. Yesus telah menyembuhkan pesakit kusta.

Ramai sarjana alkitabiah telah menyatakan bahawa wujudnya analogi antara keadaan fizikal penyakit kusta dan keadaan rohani dosa. Dosa dalam hati kita mengasingkan kita, daripada Allah dan daripada orang lain. Bagaimana sekalipun kita mencuba untuk menyembunyikan atau menghapuskannya, kesan dosa tetap wujud. Seperti Lady Macbeth, kita cuba membersihkan kesan dosa dengan seruan, "out damn'd spot," tetapi gagal. Kita adalah najis, dan kita menyedarinya.

Berita baik injil adalah Yesus Kristus merupakan lelaki tahir yang berjangkit. Apabila Dia menyentuh seseorang pesakit kusta, Yesus tidak mendapat penyakit kusta. Sebaliknya, pesakit kusta itu menjadi tahir. Orang yang dengan sia-sia cuba menghapuskan dosa mereka mesti membenarkan diri mereka untuk disentuh lelaki tahir yang berjangkit ini. Dan, seperti pesakit kusta dalam cerita ini, semoga kita yang telah mengalami sentuhan tersebut dipenuhi kesyukuran yang tidak tertahan, bercakap secara bebas tentang pertemuan kita dengan lelaki tahir yang berjangkit ini.

Doa

Bapa di syurga, kami bersyukur kerana Anak-Mu mentahirkan segala sesuatu yang disentuh-Nya. Moga-moga melalui kasih karunia-Nya, hati kami dan tindakan kami disentuh-Nya pada hari ini dan pada setiap hari. Dalam Nama Kristus, amin.

Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.

More

Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.