Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

HARI 37 DARIPADA 40

"Hari 37: Komplot"

Meskipun semasa nyawa Yesus hampir pergi daripada-Nya, Dia tetap berkuasa. Dia telah meramalkan penahanan-Nya dan penyaliban-Nya sebelum pemimpin agama berkumpul untuk berkomplot menentang-Nya. Dia mengetahui bahawa Yudas, salah seorang rasul yang dipercayai-Nya, akan mengkhianati-Nya. Yudas pasti rasa amat bimbang kerana dia sedar bahawa Yesus nampak kepura-puraannya. Walaupun manusia mempunyai komplot dan rancangan jahat, rancangan Allah selalu kekal. Tiada apa-apa yang boleh mengganggu apa yang telah dirancang-Nya. Juga, tiada apa-apa adalah lebih penting kepada rancangan abadi Allah di mana Yesus, Anak Manusia, akan diserahkan untuk disalibkan. Jamuan terakhir-Nya, perayaan Paskah, membawa kepentingan simbolik dan menunjukkan tujuan kematian Yesus. Perayaan Paskah adalah perayaan tahunan tentang keluaran Israel dari perhambaan di Mesir. Kematian Yesus akan menjadi perayaan Paskah yang baru. Mereka yang mempercayai-Nya mengalami Keluaran terakhir — pembebasan daripada perhambaan dosa. Akibatnya, mereka menikmati hak istimewa hidup dalam kebebasan kasih-Nya untuk selama-lamanya.

Apabila kehidupan kelihatan kelam-kabut, apabila keadaan rasa berserabut, penghiburan yang besar boleh ditemui dalam pengalaman peribadi Yesus pada akhir hayat-Nya. Walaupun manusia berkomplot menentang-Nya dan berjaya melaksanakan rancangan mereka, mereka tidak dapat menghalang rancangan Allah. Betapa menenangkan untuk mengetahui bahawa tiada apa-apa yang boleh mengganggu rancangan-Nya yang berkuasa! Dia bekerja dalam semua perincian untuk tujuan baik-Nya. Dengan memandang Yesus, khususnya kematian-Nya demi kita, kita menemukan hal yang terpenting dalam rancangan Allah bagi kita: melalui kematian Yesus kita menemui hidup, melalui darah-Nya yang dicurahkan untuk kita, kita mengalami keluaran daripada perhambaan dosa dan kebebasan untuk hidup dalam kasih-Nya.

Doa

Bapa yang mulia, terima kasih kerana Engkau berkuasa dalam hidup kami, terutamanya apabila kami rasa kehilangan kawalan. Tumpukan kami pada Dia yang terpenting dalam rancangan-Mu untuk zaman-zaman. Roh Kudus, membolehkan kami untuk mempercayai Kristus agar kami dapat mengalami Keluaran sebenar. Dan setelah mengalami pengampunan dosa, moga-moga kami akan hidup setiap hari dalam kebebasan kasih-Mu, mengabdikan diri sepenuhnya kepada-Mu. Dalam Nama Kristus, amin.

Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.

More

Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.