YOHANES 8:1-11

YOHANES 8:1-11 BM

Kemudian semua orang pulang ke rumah, tetapi Yesus pergi ke Bukit Zaitun. Keesokan harinya, pagi-pagi sekali Dia pergi ke Rumah Tuhan dan semua orang di situ datang kepada-Nya. Dia duduk lalu mula mengajar mereka. Sementara itu guru Taurat dan orang Farisi membawa seorang wanita kepada Yesus. Wanita itu didapati berzina. Mereka menyuruh wanita itu berdiri di hadapan semua orang, lalu berkata kepada Yesus, “Guru, wanita ini tertangkap basah ketika berzina. Di dalam kitab Taurat, Musa memerintahkan agar wanita seperti ini direjam sehingga mati. Tetapi apakah pendapat guru?” Mereka bertanya demikian kerana hendak memerangkap Yesus, supaya mereka boleh menuduh Dia. Tetapi Yesus menunduk dan menulis di tanah dengan jari-Nya. Mereka terus-menerus bertanya kepadanya. Oleh itu Yesus meluruskan badan-Nya dan berkata kepada mereka, “Sesiapa di kalangan kamu yang tidak berdosa boleh melemparkan batu pertama untuk merejam dia.” Setelah itu Yesus menunduk semula dan menulis lagi di atas tanah. Apabila mereka mendengar Yesus berkata demikian, seorang demi seorang, mulai daripada yang tertua, meninggalkan tempat itu. Akhirnya hanya Yesus dan wanita yang masih berdiri itu ada di sana. Yesus meluruskan badan-Nya lalu berkata kepada wanita itu, “Di manakah mereka? Tidak adakah orang yang menghukum kamu?” “Tidak ada, tuan,” jawabnya. “Baiklah,” kata Yesus, “Aku pun tidak menghukum kamu. Pergilah dan janganlah berdosa lagi.”]

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan YOHANES 8:1-11

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami