Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

"Hari 3: Kegelapan"
Kejadian 15 menggambarkan salah satu peristiwa yang paling luar biasa jika bukan dahsyat dan mengerikan dalam kehidupan Abraham.
Bagi seorang nomad, janji tanah menenangkan hati dan juga sukar dipercayai, maka adalah biasa Abraham memberikan respons terhadap janji Allah (ay. 7: "Akulah TUHAN yang sudah memimpin engkau keluar dari Ur di negeri Babilonia, untuk memberikan tanah ini kepadamu supaya menjadi milikmu") dengan permintaan jaminan (ay. 8: "Bagaimana aku dapat mengetahui bahawa tanah ini akan menjadi milikku?"). Perkara yang mengejutkan bukanlah permintaan itu, tetapi tanda yang diberikan Allah.
Binatang dipersembahkan kepada Allah, dibelah, dan disusun di hadapan-Nya. Penulis itu menjelaskan bahawa ketika matahari mulai terbenam, Abram bukan sahaja tidur lena, tetapi "perasaan takut dan ngeri meliputi dirinya." Dalam kegelapan pekat itu, sebuah dapur arang yang berasap dan obor yang bernyala, lalu di antara belahan-belahan binatang itu dan peristiwa itu berakhir dengan penyataan, "Pada masa itu juga TUHAN membuat perjanjian dengan Abram" (ay. 18).
Apakah yang telah berlaku? Di Timur Tengah Kuno, apabila beberapa pihak membuat perjanjian, ia kerap dibesar-besarkan dengan membuat korban atau sesetengah enakmen lain tentang hukuman yang akan melanda pihak yang tidak mematuhi perjanjian itu. Ini menandakan bahawa kedua-dua pihak rela menghormati pengaturan itu meskipun perlu mengorbankan nyawa mereka — nasib mereka akan menjadi seperti binatang tersebut. Dalam kegelapan, Abraham melihat Allah (diwakili dapur arang yang berasap dan obor yang bernyala) lalu di antara belahan-belahan itu, namun, dia tidak perlu berbuat demikian!
Para penulis injil memerhatikan bahawa ketika Yesus mati, seluruh negeri itu menjadi gelap, dan pada waktu itu, kita melihat pengorbanan Allah untuk menghormati janji-janji-Nya kepada kita. Ia merupakan peringatan bahawa Dia telah ke kubur untuk memberikan kita langit, diasingkan demi memberikan kita sebuah rumah, dan mengalami kegelapan yang mendalam untuk membawa kita ke dalam terang. Sebenarnya, penglihatan ini adalah perkara yang menenangkan ketakutan Abraham dalam Kejadian 15:1 ("Jangan takut, Abram. Aku akan melindungi engkau daripada bahaya dan memberikan pahala yang besar kepadamu."). Adakah ini penghiburan anda juga?
Doa
Bapa, ingatkan saya bahawa kerana Yesus telah mengalami kegelapan, Engkau telah menunjukkan terang-Mu kepada saya; kerana Dia telah mengalami pengasingan, Engkau telah menjanjikan sebuah rumah buat saya; kerana Dia telah mengalami kubur, Engkau telah memberikan saya langit. Bantulah saya agar tidak berasa takut, kerana Engkau akan melindungi saya daripada bahaya dan memberikan pahala yang besar kepada saya. Dalam Nama Kristus, amin.
Hak cipta (c) 2012 Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.
More
Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.