Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

HARI 8 DARIPADA 40

"Hari 8: Imam"

Adakah anda ingin ketidakadilan dunia ini dibetulkan? Dalam teks ini, kita mendapat tahu tentang peranan imam dalam ayat 28, iaitu, 1) "bertugas di mazbah"—mereka harus menghadap Allah bagi pihak umat untuk menjadi perantara dan pembela mereka, 2) "membakar kemenyan"—iaitu, tugas dan adat keagamaan yang memuliakan Allah (Imamat 16:13), dan 3) "memakai baju efod"—yang menandakan imam sebagai golongan yang menasihati umat dengan kebijaksanaan daripada Allah. Dalam ayat 29, kita melihat bahawa anak-anak lelaki Eli, yang merupakan imam pada masa itu — orang yang sepatutnya menjaga para umat — sebenarnya "menggemukkan" diri dengan mengambil kesempatan ke atas usaha orang lain. Ini bukan ketidakadilan semata-mata, malah orang yang sepatutnya menjaga orang lain sebenarnya menyakiti mereka. Bagaimanakah Allah akan membetulkan ketidakadilan ini?

Apabila kita melihat kehidupan kita dan kehidupan orang di sekeliling kita, kita kerap menanya soalan yang sama. Bagaimanakah Allah akan membetulkan ketidakadilan dunia ini? Ia menjadi soalan yang dahsyat apabila kita sedar bahawa kita juga bersalah kerana bersikap tidak adil terhadap orang lain. Orang yang kita sedar seharusnya dikasihi dan dilayani kita sering kali menjadi mangsa fokus mementingkan diri kita yang mengutamakan kepentingan dan keutamaan diri.

Kita diberitahu bahawa Allah melihat ketidakadilan ini dan bahawa Dia pasti akan menghentikannya (ay. 30-31) di samping mengenakan hukuman yang adil terhadap pihak yang menyakitkan orang lain (ay. 34). Kita memerlukan ketidakadilan ini untuk dihentikan, tetapi kita juga memerlukan seseorang yang menghadap Allah dan membela kita, kerana kita juga bersalah. Siapakah yang akan melakukan ini? Ayat 35 mengatakan, "Aku akan memilih seorang imam yang setia kepada-Ku … yang sentiasa bertugas sebagai imam kepada raja yang Aku pilih." Perkataan Ibrani untuk "setia" juga bermaksud "lama bertahan," maka, keimaman ini akan bertahan selama-lamanya kepada raja yang diurapi. Siapakah yang merupakan imam yang setia dan lama bertahan, yang jugalah raja selama-lamanya? Hanya seorang dalam sejarah yang memenuhi kedua-dua kriteria ini — Yesus.

Doa

Tuhan Yesus, imam besar dan raja yang lama bertahan, Engkau telah membuka jalan untuk kami mendekati-Mu walaupun kami sering bersalah dari segi fikiran, pertuturan dan perbuatan. Berikanlah kami kasih karunia-Mu yang memulihkan, memelihara, memimpin, melindungi dan memberikan kami harapan. Dalam Nama Kristus, amin.

Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.

More

Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.