Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

"Hari 2: Pelangi"
Menurut sejarah, musim Pra-Paskah adalah masa untuk renungan yang sungguh-sungguh tentang keadaan manusia. Rabu Abu mengingatkan kita bahawa hayat manusia adalah rapuh — kita berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah. Walau bagaimanapun, kita segera menyedari bahawa keadaan manusia ditandakan bukan sahaja oleh kerapuhan, tetapi oleh kerosakan akhlak. Sebenarnya, sehingga zaman Nuh, kerosakan akhlak dan keganasan manusia amat meluas sehingga Allah dikatakan amat kecewa dan menyesal. Gambaran bahawa Allah yang maha berkuasa berasa menyesal kerana telah menjadikan manusia menyampaikan gambaran yang kuat tentang keberdosaan dosa.
Namun, perkara yang menusuk adalah Alkitab tidak berbicara tentang hati manusia dari segi abstrak sahaja. Tidak, ia berbicara secara khusus tentang hati saya, keberdosaan dosa saya dan, sesungguhnya, kekesalan ilahi tentang cara hidup saya.
Walau bagaimanapun, di tengah-tengah kemurungan dan akibat badai penghakiman Allah, kita melihat harapan menembusinya. Nuh memandang ke atas dan melihat kemuliaan pelangi yang mempesona dari balik awan yang kelabu di mana matahari dan badai bertemu. Dari balik awan itu dia melihat pelangi di mana kemurkaan Allah telah diketepikan dalam janji kedamaian.
Dan janji yang besar itu adalah biar bagaimana gelap dosa kita sekalipun, Allah tidak akan memalingkan muka-Nya daripada kita lagi. Sebaliknya, Allah akan mengalihkan busur kemurkaan ke atas, ke arah syurga, pada Anak-Nya, daripada melepaskan kemurkaan-Nya ke atas kita lagi. Dan pada salib, di mana matahari kasih Allah dan badai kemurkaan Allah bertemu sekali lagi, Yesus akan mati dalam kegelapan supaya kilauan kemuliaan rancangan penyelamatan Allah akan menembusi hati kita. Semuanya tanpa sebarang kekesalan ilahi.
Doa
Tuhan, bantulah kami untuk berkongsi kesedihan dan kedukaan-Mu terhadap dosa kami. Pada musim ini, berikan kami keberanian untuk melihat kemuraman dosa kami secara jujur agar kami dapat melihat semula kilauan janji mulia-Mu dan kasih karunia-Mu kepada kami dalam Kristus. Dalam Nama Kristus, amin.
Hak cipta (c) 2012 Redeemer Presbyterian Church.

Kitab
Perihal Pelan

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.
More
Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.