Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

HARI 5 DARIPADA 40

"Hari 5: Singa"

Pada saat-saat menghadapi kematiannya, Yakub bernubuat tentang masa depan setiap orang daripada 12 anaknya, meramalkan kekuasaan atau keruntuhan, kemakmuran atau kemiskinan masa depan mereka. Bagi sesetengahnya, masa depan itu dipenuhi keganasan dan seksaan jiwa. Namun bagi yang lain, masa depan mereka merangkumi keutamaan dan kemenangan.

Bagi Yehuda, anak lelaki keempat Yakub, masa depannya adalah cemerlang. Dia akan dihormati oleh saudaranya (ay. 8, "saudara-saudaramu akan memujimu") dan menerima ufti daripada bangsa-bangsa (ay. 10, "sujud dengan taat di hadapannya"). Pemerintahannya akan kekal dan tidak dicabar (ay. 10, "Yehuda akan memegang tongkat kerajaan") dan menjadi suatu tempoh kelimpahan yang amat sekali. Disebabkan pokok anggur memerlukan perhatian dan penjagaan, anggur adalah suatu kemewahan untuk orang nomad di dunia purba. Walau bagaimanapun, di bawah pemerintahan Yehuda, terdapatnya banyak anggur sehingga orang boleh mengikatkan keldai pada pokok anggur tanpa rasa takut akan merosakkan pokok itu, membasuh pakaian dalam wain tanpa menghabiskan bekalannya, dan meminumnya sehingga matanya berwarna merah seperti wain (ay. 11-12). Pemerintahan Yehuda adalah gemilang dan tidak hairanlah Yehuda digelar singa (ay. 9).

Dalam Wahyu 5, Yohanes menerima penglihatan tentang Singa daripada suku Yehuda, tetapi penglihatan ini diatur seiring dengan Anak Domba yang disembelih. Mengapa? Injil menunjukkan kepada kita bahawa Yesus menunjukkan kuasa terbesar-Nya melalui kelemahan, ketuanan-Nya melalui pelayanan, dan pemerintahan-Nya melalui pengorbanan diri. Dengan kata lain, Yesus disembelih kerana Dia ialah Singa itu dan ditabalkan kerana Dia ialah Anak Domba. Pada waktu keremukan, seksaan jiwa dan kesulitan anda, adakah anda melihat bahawa Yesus mengalami keremukan untuk anda supaya anda boleh mengalami kelimpahan pemerintahan-Nya ke atas kehidupan anda?

Doa

Tuhan Yesus, kami berasa kagum bahawa Engkau tidak memerintah melalui pembuktian kuasa, tetapi melalui pelayanan; bukan melalui penyanjungan; tetapi melalui kerendahan hati; bukan melalui kekuatan, tetapi melalui pengorbanan. Bantulah saya untuk melihat bahawa Engkau ialah Singa yang telah disembelih seperti anak domba, supaya dalam kerendahan hati saya, saya boleh mengalami kemuliaan-Mu. Dalam Nama Kristus, amin.

Hak cipta (c) 2012 Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.

More

Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.