Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

HARI 4 DARIPADA 40

"Hari 4: Ujian"

Ini merupakan salah satu petikan yang paling terkenal dan sukar dalam Alkitab. Abraham diperkenalkan dalam Kejadian 12 sebagai seseorang yang melaluinya "bangsa-bangsa" akan diberkati (Kejadian 12:1-3). Oleh itu, ketika kita tiba ke situasi di atas, kita mendapati apa yang telah dimulakan sebagai panggilan Allah terhadap Abraham untuk meninggalkan rumahnya, kini mencapai kemuncak yang dramatik. Allah telah memasukkan pengorbanan yang terbesar dan ujian iman Abraham dalam panggilan itu — kesanggupan untuk mengorbankan anak tunggalnya. Detik yang menyakitkan dan penuh kepiluan itu bertambah dengan kenyataan bahawa Abraham dan isterinya, Sarai, telah menunggu lama tanpa melihat penggenapan janji anak oleh Allah. Janji Allah bahawa satu bangsa akan terbentuk daripada keluarganya kelihatan mustahil kepada Abraham dan Sarai, memandangkan kemandulan mereka.

Kini, setelah doa mereka dijawab dan memperoleh seorang anak lelaki, Allah memanggil Abraham untuk melakukan sesuatu yang amat kejam dan tidak rasional. Bagaimanakah Allah akan membentuk satu bangsa melalui pengorbanan satu-satunya waris Abraham? Bagaimanakah kematian ini akan menghasilkan berkat-berkat yang telah dijanjikan dalam Kejadian 12? Jawapannya diberikan apabila kita beralih daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Abraham kepada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan Yesus.

Semasa anda merenungkan kisah tentang iman dan pengorbanan ini berdasarkan musim ini yang membawa kepada Minggu Kudus, luangkan masa untuk merenungkan cara ia membayangkan iman dan pengorbanan Yesus. Penyataan Abraham bahawa Allah sendiri akan menyediakan anak domba (Kejadian 22:8) mengingatkan kita tentang kurnia Anak Domba Allah untuk menyelamatkan dunia (Markus 10:45; Yohanes 1:29, 36). Penyediaan domba jantan di Gunung Moria membayangkan pengorbanan anak tunggal-Nya, Yesus Kristus — Anak Domba yang benar dan tidak ada cacat, yang mati di tempat kita pada salib. Seperti Ishak, Kristus ialah anak domba yang dibawa ke pembantaian, namun tidak seperti Ishak, Yesus tidak membuka mulutnya. Seperti Ishak yang memikul kayunya untuk mazbah, Kristus memikul salib kayu-Nya (Yohanes 19:17). Lihatlah dan baca semula petikan ini dengan menumpukan perhatian pada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya dari permulaan sehingga akhir (Ibrani 12:2).

Doa

Bapa yang Kudus, saya berterima kasih dan memuji-Mu kerana mengutuskan Anak tunggal-Mu ke dunia. Berikan saya mata untuk melihat keindahan dan kesempurnaan Yesus, Anak Domba yang tidak ada cacat yang mengorbankan diri secara rela supaya saya dapat menerima pengampunan dan hidup yang baru. Dan harap-harap saya dapat menjalankan kehidupan beriman berdasarkan kasih karunia-Mu, mempercayai kebaikan-Mu dan mengorbankan hidup saya untuk orang lain. Dalam Nama Kristus, amin.

Hak cipta (c) 2012 Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.

More

Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.