Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

"Hari 28: Ratapan"
Walaupun Zakharia mengucapkan kata-kata ini, ia adalah kata-kata Tuhan. Namun, bagaimanakah ini mungkin? Bagaimana Allah mungkin mengatakan, "Mereka akan memandang orang yang ditikam oleh mereka?" Mungkinkah Allah dicederakan? Hal yang lebih membingungkan lagi adalah mungkinkah Allah "ditikam" – yang menandakan dibunuh? Dengan kata lain, mungkinkah Allah mati?
Yesus Kristus telah menggenapi nubuatan ini. Dia bukan sahaja Allah sepenuhnya, Dia jugalah manusia sepenuhnya. Tambahan pula, seperti yang diramalkan nubuatan itu, Yesus ialah "anak tunggal" dan "anak sulung" Bapa (Yohanes 3:16). Dia telah mati dan, pada salib, ditikam: "Tetapi salah seorang askar menusuk rusuk Yesus dengan tombak, dan pada ketika itu juga keluarlah darah dan air" (Yohanes 19:34).
Akan tetapi, nubuatan itu mengatakan lebih daripada itu. Ia mengatakan bahawa orang yang telah menikam-Nya akan meratap dengan pliu kerana Allah akan memberikan mereka "hati yang suka mengasihani dan suka berdoa." Dengan kata lain, Roh akan membuka mata mereka untuk melihat apa yang telah mereka lakukan dan betapa teruknya dosa mereka. Ratapan ini adalah meluas tetapi intim – "Tiap-tiap keluarga di negeri itu akan meratap sendiri-sendiri."
Sebahagiannya, nubuatan ini dipenuhi semasa Pentakosta. Petrus berkata kepada pendengarnya, "Saudara semua membunuh [Yesus] ketika menyebabkan orang berdosa menyalibkan Dia" (Kisah Rasul-rasul 2:23). Kemudiannya, setelah mendengar injil, mereka "sangat gelisah" dan 3,000 orang diselamatkan pada hari itu (Kisah Rasul-rasul 2:37-41). Kini, nubuatan ini masih digenapi. Apabila Roh memenuhi kita dengan kasih karunia, kita meratapi kematian Kristus kerana kita sedar bahawa "dia dilukai kerana dosa kita" (Yesaya 53:5). Walau bagaimanapun, dalam kesedihan kita, kita juga bersukacita kerana melalui kematian-Nya "kita diselamatkan ... kita disembuhkan kerana luka-lukanya" (Yesaya 53:5).
Doa
Tuhan, kami mengaku bahawa dosa kami telah menikam Yesus. Maka, kami meratap dan meminta Engkau untuk mencurahkan Roh kasih karunia-Mu dan belas kasihan-Mu. Dalam kerendahan hati, kami bersukacita kerana kasih-Mu kekal abadi – Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa (Roma 5:8). Dalam Nama Kristus, amin.
Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.
More
Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.