Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

HARI 30 DARIPADA 40

"Hari 30: Puasa"

Di sini, kita mendapat tahu tentang tiga cara khusus yang digunakan Iblis untuk mencuba Yesus, setiap satunya semakin penting, dengan mencabar keinginan-Nya untuk makanan, menggesa-Nya untuk menunjukkan kuasa-Nya dengan cara yang menimbulkan kegemparan, dan menggalakkan-Nya untuk menggunakan kuasa politik untuk membangunkan kerajaan Allah. Dalam tiga kejadian ini, ia mencuba Yesus untuk melangkau salib. Iblis bersedia mengembalikan kita kepada Yesus, jika Yesus menyembahnya dan bukan menyembah Allah. Lupakan penderitaan, selamatkan orang, nafikan Allah, ambil cara yang mudah. Bagi setiap respons, Yesus bergantung kepada Alkitab, "pedang daripada Roh Allah" (Efesus 6:17), untuk melawan.

Percubaan ini berlaku berikutan pembaptisan Yesus. Sejurus selepas Yesus diurapi untuk pelayanan, Roh memimpin-Nya ke padang gurun untuk berpuasa selama 40 hari dan "dicubai oleh Iblis." Masa Yesus di padang gurun mengingatkan kita tentang Musa yang berpuasa untuk tempoh yang sama di Gunung Sinai (Keluaran 34:28). Selepas 40 hari itu, Allah telah memberikan Musa Sepuluh Hukum untuk orang Israel. Maka, kita melihat di sini bahawa Yesus merupakan Musa yang baru, yang datang untuk menggenapi hukum yang telah diberikan kepada Musa.

Doa

Allah yang mulia, kami memuji-Mu kerana Engkau mengetahui rasanya dicubai dari setiap segi, sebagaimana kami dicubai. Terima kasih kerana menunjukkan kepada kami caranya untuk menahan percubaan dan terima kasih kerana menanggung salib serta menggenapi hukum, demi kami, bagi pihak kami. Dalam Nama Kristus, amin.

Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.

More

Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.