Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

"Hari 27: Raja Akan Datang"
Di Timur Tengah Kuno, seseorang raja akan memasuki kota atas kuda perangnya untuk menunjukkan kuasa ketenteraannya, khususnya semasa memasuki kota yang baru ditakluk, di mana pemerintahannya mungkin dianggap tidak sah atau diragui atau ditolak sama sekali. Pengecualian daripada kebiasaan ini adalah apabila seseorang raja yang dikasihi memasuki ibu negerinya sendiri. Di sana, dia boleh menunggang keldai — raja yang murah hati.
Nabi Zakharia bercakap tentang suatu masa di mana Yerusalem akan melihat kepulangan rajanya. Dia akan mengalahkah musuh sekali dan untuk selama-lamanya, memperoleh keselamatan abadi dan membangunkan pemerintahan kedamaian yang baru untuk semua orang. Harapan untuk raja sebenar ini, yang menunggang keldai, menyebabkan orang ramai berseru-seru: "Pujilah Anak Daud! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan!" apabila mereka melihat Yesus yang memasuki Yerusalem atas, ya, keldai.
Walau bagaimanapun, orang ramai ini segera menjadi kumpulan perusuh yang marah dan berseru: "Salibkan dia!" Yesus, yang sebelumnya disambut sebagai raja yang kembali, menghadapi penolakan yang kuat daripada sekumpulan orang yang membenci. Raja yang sebenar ini akan pulang ke ibu negerinya dan mendapati ia telah mengkhianatinya. Namun, dia masih menaiki keldai, bukannya kuda perang, dan masuk secara aman. Dia memperoleh kemenangan muktamad untuk umatnya yang curang dengan menyerahkan dirinya kepada keganasan mereka — keganasan kita — mengesahkan kebersalahan kita dan memperoleh pengampunan kita dalam satu kemenangan yang muktamad. Kita ternyata musuh yang akan dikalahkan oleh raja ini, dan kos kemenangan yang kita inginkan adalah kematian raja kita yang dikasihi. Sesungguhnya dia melakukannya. Bersukacitalah, hai penduduk Sion! Bersoraklah, hai penduduk Yerusalem!
Doa
Tuhan, kami bersukacita dan bersorak kerana Engkau telah memberikan nyawa-Mu untuk membayar harga pengkhianatan kami. Kami memuji-Mu sebagai raja kami yang dikasihi, yang dinantikan kami. Datanglah dan memerintah dalam hati kami, hidup kami dan kota kami. Dalam Nama Kristus, amin.
Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Kitab
Perihal Pelan

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.
More
Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.