Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

HARI 25 DARIPADA 40

"Hari 25: Gembala yang Baik"

Gambaran umat Allah sebagai sekawan domba muncul beberapa kali dalam seluruh Alkitab. Dalam bahagian awal Yehezkiel 34, gembala semasa (pemerintah Israel) ditegur kerana menyalahgunakan kuasa mereka (34:1-22). Nabi ini menggambarkan situasi di mana mereka telah bertambah gemuk dan kaya sehingga menjejaskan umat yang sepatutnya dijaga mereka. Kita diberitahu hasil daripada itu, Allah akan menghakimi mereka. Bab ini mengubah fokusnya apabila peringatan berubah menjadi janji untuk masa depan dalam ayat-ayat di atas. Tuhan bukan sahaja akan menyelamatkan domba-Nya, Dia juga akan melantik seorang raja yang, seperti Daud, akan menggembala mereka dalam cara yang membawakan keamanan yang abadi (ay. 25). Ia adalah keamanan dan rehat yang telah terbuang oleh manusia melalui dosa (Kejadian 3:15; 4:8) dan yang dibayangkan nabi-nabi seperti Yehezkiel sejak itu (Yesaya 9:6-7). Di sinilah kita memandang Yesus, yang merupakan gembala-raja Allah yang ideal dan kebalikan kepimpinan curang yang digambarkan dalam bahagian awal bab ini.

Para penulis injil memberitahu kita bahawa Yesus datang untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin, pembebasan kepada orang tawanan dan kesembuhan bagi orang buta (Lukas 4:18). Yesuslah yang menangisi Yerusalem kerana mereka tidak sedar apa yang akan mendatangkan kedamaian (Lukas 19:41). Yesuslah yang mengorbankan hidup-Nya untuk domba-Nya supaya kita memperoleh kedamaian bersama dengan Allah dan sesama satu sama lain. Yesuslah yang akan membawakan kedamaian abadi kepada dunia ini melalui kepulangan-Nya kelak (Wahyu 21). Sementara itu, adanya musim kekecewaan dan penderitaan yang ada kalanya membuat kita putus asa bahawa Allah akan menggenapi janji-Nya. Ketidakadilan dunia di sekeliling kita menjadikan kita bersikap sinis. Pada masa sedemikianlah kita mesti merenungkan Yesus sebagai gembala kita yang baik dan mengingati bahawa disebabkan Dia telah mengorbankan hidup-Nya untuk domba-Nya, "rumah-Nya akan menjadi rumahku sepanjang hidupku" suatu hari nanti.

Doa

Tuhan Yesus, terima kasih kerana kasih dan penjagaan-Mu terhadap domba-Mu. Terima kasih kerana mengorbankan hidup-Mu pada salib supaya saya dapat memperoleh kedamaian-Mu dan diambil sebagai anak angkat dalam keluarga-Mu. Pada musim renungan ini, berdasarkan kasih-Mu untuk saya, bantulah saya untuk menemui cara untuk mencari kedamaian dalam hubungan saya dan mengorbankan hidup saya untuk orang lain. Dalam Nama Kristus, amin.

Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.

More

Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.