Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

"Hari 24: Dahan"
Memanglah mudah untuk masuk ke dalam perangkap berfikir bahawa kasih dan perhatian Allah terhadap kita berubah berdasarkan betapa baiknya kita menjalankan kehidupan Kristian kita. Walau bagaimanapun, kita sendiri kerap memberi dan menarik balik kasih kita daripada orang lain bergantung kepada sama ada mereka hidup dalam cara yang menyenangkan hati kita. Syukurlah, walaupun kita bersifat tidak konsisten, Allah bersifat konsisten.
Melalui nabi Yeremia, Dia mengingatkan umat-Nya bahawa mereka boleh mengharapkan janji-janji-Nya dan bahawa Dia akan sentiasa menyertai mereka. Dia menjanjikan kekonsistenan dan kesetiaan-Nya: "Aku, TUHAN, berjanji bahawa selalu akan ada seorang daripada keturunan Daud yang menjadi raja Israel dan selalu akan ada imam …mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati-Ku" (ay. 17-18). Akhirnya, Yesuslah raja yang tinggal pada takhta dan Dialah yang mempersembahkan diri sebagai korban sekali untuk selama-lamanya.
Yesuslah Dahan benar yang menawarkan kita kebenaran-Nya supaya kita tidak perlu rasa takut akan ditolak Allah. Hasil daripada itu, kita boleh membawa kegagalan dan ketidaksetiaan kita kepada Allah. Yesus tidak akan mengasingkan diri daripada kita. Kita boleh membawa pengakuan kita setiap hari dan mengetahui bahawa Dia akan menerimanya. Kita boleh mengharapkan Allah untuk memberikan kita permulaan kehidupan yang baru kerana kehidupan, kematian dan kebangkitan Yesus. Kita semua memerlukan permulaan yang baru setiap hari. Jika anda datang dan meminta daripada-Nya, Allah adalah setia dan akan memberikannya kepada anda.
Doa
Tuhan Yesus, saya bersyukur kerana rahmat-Mu selalu baru setiap pagi dan sesungguhnya Engkau setia. Berikan saya kasih karunia untuk mengakui hal-hal yang tidak menyenangkan hati-Mu hari ini, mengharapkan kenyataan bahawa Engkau tidak akan meninggalkan atau mengabaikan saya apabila saya berjalan mengikut jalan-Mu. Dalam Nama Kristus, amin.
Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Kitab
Perihal Pelan

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.
More
Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.