Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

HARI 23 DARIPADA 40

"Hari 23: Roh"

Dalam teks Yesaya kami yang terakhir, kami mengakhiri dengan petikan yang memberikan harapan tentang transformasi yang dipimpin Roh. Orang yang diurapi Tuhan, yang telah digambarkan dalam bab-bab sebelumnya sebagai raja dan juga hamba, telah datang untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin, orang yang hancur hati, orang tawanan dan orang di dalam penjara. Orang yang diurapi ini merupakan seorang hamba yang dipenuhi belas kasihan terhadap orang yang dalam kesusahan dan juga seorang raja yang berkuasa untuk melaksanakan transformasi ini.

Memanglah sukar untuk membaca petikan ini tanpa rasa rindu, gembira dan berharapan. Hati kita tertarik kepada harapan bahawa kedukaan kita boleh diubah menjadi keindahan, kegembiraan, pujian, kebenaran dan kemuliaan. Kehidupan kita adalah jauh berbeza daripada dunia orang Yahudi yang dibuang, namun, petikan ini berbicara jauh di lubuk hati kita yang hampa. Kita bergema dengan rasa bahawa kita jugalah miskin, hancur hati, terasing dan terperangkap dalam penjara buatan kita sendiri. Kita mencari sesuatu atau seseorang yang boleh menyelamatkan kita daripada kesusahan yang kerap kita alami kerana kehidupan adalah di luar kawalan kepintaran, wang atau keazaman semata-mata kita. Siapakah orang yang diurapi ini, yang memimpin kita untuk mempercayai bahawa kita tidak bersendirian, dibiarkan menurut kehendak hati kita yang mengecewakan dan tidak berdaya?

Antara semua petikan Perjanjian Lama yang boleh digunakan-Nya untuk memulakan pelayanan awam-Nya, Yesus membaca daripada petikan Yesaya ini dan berakhir dengan pengisytiharan yang berani: "Pada hari ini ayat-ayat Alkitab ini sudah berlaku pada masa kamu mendengarnya" (Lukas 4:21). Semasa anda mempertimbangkan hal-hal yang menyebabkan anda rasa sunyi dan tidak berdaya, ingatlah bahawa harapan transformasi yang dibentangkan dalam Yesaya telah digenapi, dan Yesuslah penggenapan kerinduan yang dinanti-nantikan hati kita.

Doa

Bapa di syurga, Engkau telah mencapai sesuatu melalui Kristus yang diurapi, sesuatu yang tidak mungkin saya laksanakan melalui keupayaan saya. Namun, dalam kehidupan sehari-hari saya, saya berbalik kepada diri sendiri, oleh naluri diri untuk meletakkan harapan saya akan perubahan dalam hampir-hampir segala sesuatu kecuali Engkau. Bantulah saya untuk melihat kepenuhan perkara yang telah dicapai Yesus agar saya boleh meletakkan harapan saya pada-Nya dan mengalami penyembuhan, kebebasan dan penghiburan yang lebih besar, yang diberi-Nya. Dalam Nama Kristus, amin.

Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.

More

Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.