YouVersion Logo
Search Icon

Plan Info

Pusingan ke-4 30haripenulisanalkitab - KebaktianSample

Pusingan ke-4 30haripenulisanalkitab - Kebaktian

DAY 8 OF 30

Tetapi Tuhan menjawab, "aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah." Oleh itu aku lebih suka membanggakan kelemahanku, supaya merakan kuasa Kristus yang melindungi aku. 2 Korintus 12:9 Adakah anda seorang yang tidak mahu dikelihatan lemah, atau adakah anda seorang yang bangga memegahkan diri dengan kelemahan anda? Kita semua menghadapi cabaran setiap hari. Bagi kebanyakan , kita mahu menghadapi cabaran-cabaran ini dengan sendiri. Ia seperti sebahagian daripada kita mahu membuktikan kepada diri kita sendiri serta kepada orang lain bahawa kita mampu untuk mencapaikan sesuatu dengan usuaha kita sendiri. Kenapa agaknya? Daripada memberikan kemuliaan itu kepada Allah sebagai Ia sebagai sumber atas segala-galanya kita, kebanggaan kita membuatkan kita mahu menerima segala kemuliaan untuk setiap pencapaian yang kita buat. Apabila kita menghadapi cabaran harian dan memperjuangkan dengan bergantungkan atas usaha sendiri sahaja, berapa kerap kita mendapati bahawa diri kita menghadapi kegagalan depan kita? Bagi saya, banyak sekali. Anda boleh membayangkan imej orang kecil bercuba untuk melawan gergasi di sekelilingnya; dan pemenang dalam senario ini adalahsangat jelas. Yesus berkata, "aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah." Apabila kita membuat keputusan untuk melepaskan kebanggaan diri dan mengakui bahawa diri adalah lemah, kita membuka diri kita untuk menerima kerahmatan Tuhan, dan kita dapat bergantung kepada-Nya untuk kekuatan. Kekuatan yang tidak mempunyai had limit, kekuatan yang tidak boleh ditumbangkan. Sebab kita sering gagal pada pertempuran peribadi kita adalah kerana kita hanya bergantung kepada kekuatan yang salah, kemampuan terhad kita sendiri. Padahalnya apabila kita membanggakan kelemahan kita dan membenarkan kuasa Kristus untuk melindungi kita, mengatasi gergasi dalam kehidupandan Ia tidak lagi akan kelihatan seperti satu pencapaian yang mustahil. Tetapi Kasih dicurahi Allah, yang mencukupi untuk kita, kita akan mencapai kemenangan terhadap pertempuran yang dihadapi di dalam hidup harian kita. Oleh @quiettimewithnic
Day 7Day 9

YouVersion uses cookies to personalize your experience. By using our website, you accept our use of cookies as described in our Privacy Policy