Kerajaan Terbalik: Kajian 8 Hari Tentang Ucapan BahagiaSampel

The Upside Down Kingdom: An 8 Day Study Through the Beatitudes

HARI 7 DARIPADA 8

Damai Sejahtera Kepada Kamu

Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia, Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya! Matius 5:9

PENDAHULUAN

Seorang pelatih menanya saya baru-baru ini, "Apakah halangan yang terbesar kepada kedamaian dalam gereja sekarang ini?" Dengan segera, ledakan konflik yang bercanggah terlintas di kepala saya: kecemburuan yang remeh, cita-cita yang menjejaskan kesatuan, perbalahan rumah tangga yang meretakkan perkahwinan dan menyebabkan penceraian, dan banyak lagi. Namun, antara semua itu ialah satu ancaman yang terbesar kepada kedamaian dalam gereja masa kini—sokongan politik berpihak yang lebih mengutamakan nilai budaya (banyak antaranya agak berasas) daripada Amanat Agung.

Hari ini, banyak orang Kristian yang menghubungkaitkan parti politik mereka dengan kehadiran nyata kerajaan Kristus dan mengamalkan postur partisan yang menjadikan slogan dan kemarahan cara utama untuk mengidentifikasikan diri. Akibatnya, orang yang bertentangan pihak bukan sahaja mewakili pendirian yang berbeza, malah dipandang sebagai sangat jahat. Demikianlah pertentangan yang kini memisahkan progresif politik dan konservatif politik, walaupun di dalam gereja.

Mungkinkah gereja mendekati pertempuran diraja ini secara berbeza?

WAWASAN RENUNGAN

Perjuangan kedamaian bukan menjadi baik dan baik hati semata-mata. Tidak juga memadamkan api permusuhan. Memanglah rancangan kudus Allah untuk kehidupan berkomuniti dengan hati yang dipenuhi Kristus, kemudiannya, akibatnya, merebak ke seluruh dunia.

PEMERHATIAN

Cara Allah memberikan kedamaian menyerupai cara Dia memberikan keadilan—kepada kita, dalam kita, dan melalui kita. Seperti yang dijelaskan oleh Paulus, Allah memberikan kedamaian kepada orang yang telah diperbenar "melalui Yesus Kristus, Tuhan kita” (Roma 5:1). Penetapan fikiran kita pada Roh Kuduslah yang menghasilkan dimensi kedamaian yang mendalam (Roma 8:6). Akhirnya, memanglah panggilan kita untuk membenarkan kedamaian Allah mengalir melalui kita dengan mengejar "hal-hal yang membawa kesejahteraan dan yang membina kebaikan sesama sendiri" (Roma 14:19). Tertib ini adalah penting kerana kita tidak dapat memberikan apa yang belum dimiliki.

Walau bagaimanapun, kerisauan boleh merampas kedamaian yang dijanjikan kepada kita. Ada kalanya kita berasa risau dan cepat marah—mungkin selama beberapa hari, minggu, atau musim—tetapi syukurlah ini tidak berlanjutan selama-lamanya. Lebih mendalam dan asas daripada pergelutan dalaman ini ialah identiti kita sebagai anak lelaki dan anak perempuan Allah dalam kesatuan dengan Kristus, didiami Roh Kudus. Pendiaman tersebut menundukkan hati kita dan memimpin kita dalam cara yang tidak dapat disekat, dan tenang, ke arah kedamaian.

Secara praktis, panggilan kita untuk membawa kedamaian merupakan pembuktian awam tentang apa yang sedang dilakukan oleh Roh Kudus dalam hati kita—pemupukan dan pencerminan Kristus yang sedang bekerja.

PENERAPAN

Daripada rasa syak wasangka dan persaingan sesama sendiri, bagaimana kalau kita menyatakan kesabaran dan kebaikan, menahan segala sesuatu dalam nama Kristus (1 Korintus 13:4, 7)? Bagaimana kalau kita melayan orang lain sebagaimana kita ingin dilayan (Matius 7:12; Lukas 6:31)? Bagaimana kalau kita ambil hati terhadap kata-kata Paulus, "Hendaklah percakapan kamu menyeronokkan dan menarik. Hendaklah kamu tahu memberikan jawapan kepada setiap orang dengan sepatutnya” (Kolose 4:6)?

Contohnya, bolehkah kita mengamalkan komitmen untuk melindungi generasi akan datang dan memelihara reka bentuk Allah bagi keluarga sementara mengatasi ketidakadilan dan membantu orang miskin? Perjuangan kedamaian tersebut tidak menghendaki kita untuk bertolak ansur dari segi keyakinan teologi kita. Walau bagaimanapun, kita dikehendaki mengikut jejak Penyelamat kita yang telah disalib, Dia yang menunjukkan kasih terhadap musuh (Matius 5:44).

Kedudukan kita sebagai anak lelaki dan anak perempuan Allah makin memimpin kita kepada amalan membawa kedamaian kudus. Kedamaian tersebut tidak datang secara mudah atau murah, tetapi kedamaian Allah, yang membangkitkan Tuhan Yesus daripada kematian, pasti akan mengesahkan perjanjian kekal (Ibrani 13:20).

Perihal Pelan

The Upside Down Kingdom: An 8 Day Study Through the Beatitudes

Dalam Ucapan Bahagia (Matius 5:2-12), Yesus menggesa kita untuk mengasingkan diri daripada dunia ini, menjalankan hidup budaya saingan dengan identiti baru yang berakarkan-Nya. The Upside Down Kingdom (Kerajaan Terbalik) meneliti kebijaksanaan lawan gerak hati ini dan menerokai kerelevanannya sekarang ini.

More

Kami berterima kasih kepada Crossway kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.crossway.org/