Kerajaan Terbalik: Kajian 8 Hari Tentang Ucapan BahagiaSampel

The Upside Down Kingdom: An 8 Day Study Through the Beatitudes

HARI 5 DARIPADA 8

Wajah Belas Kasihan

Berbahagialah orang yang mengasihani orang lain, Allah juga akan mengasihani mereka! Matius 5:7

PENDAHULUAN

Seorang wanita berumur 70 tahun bernama Marinella Beretta ditemui mati di Prestino, berdekatan dengan Tasik Como di Itali utara. Ia ditemui dalam kedudukan terduduk di tepi mejanya dengan keseluruhan tubuhnya umpama mumia lebih daripada dua tahun selepas kematiannya. Jirannya mendakwa sekurang-kurangnya dua setengah tahun tidak melihatnya. Wartawan Massimo Gramellini yang meliputi berita ini menulis bahawa Marinella merupakan "lambang kesepian." "Kita mati bersendirian. Kita juga hidup bersendirian, dan ini hampir lebih teruk.”

Penutup artikelnya mengecam: "Misteri kehidupan Marinella yang tidak kelihatan di sebalik pagar rumahnya yang tertutup mengajar kita sesuatu yang dahsyat. Kesedihan sebenarnya bukanlah orang lain tidak menghiraukan kematiannya, tetapi mereka tidak menyedari bahawa Marinella Beretta hidup.”

WAWASAN RENUNGAN

Sesudah menerima belas kasihan Allah, kita mesti menyedari keperluan orang lain. Memanglah mudah untuk tidak menghiraukan keperluan ahli keluarga yang hidup serumah, tidak mengatakan apa-apa tentang jiran dan kawan yang tidak kelihatan. Namun, kita telah dipanggil untuk mengambil peduli.

PEMERHATIAN

Yesus memanggil kita untuk mempedulikan orang lain, mengakui keperluan mereka dengan penuh belas kasihan. “Apabila Dia melihat orang ramai itu, Dia mengasihani mereka kerana mereka risau dan tidak berdaya, seperti kawanan domba tanpa gembala” (Matius 9:36). Ini merupakan denyut Ucapan Bahagia kita—perkara yang difahami Calvin sebagai menderita bersama-sama jiran kita, atau apa yang kita panggil empati sekarang ini.

Menunjukkan belas kasihan Allah tidak menghasilkan titisan belas kasihan, malah banjiran belas kasihan. "Petrus datang kepada Yesus dan bertanya, 'Ya Tuhan, jika saudaraku berdosa terhadap aku, berapa kalikah harus aku ampuni dia? Sehingga tujuh kalikah?'” (Matius 18:21).

Pengampunan bukanlah contoh kemurahan hati semata-mata; pengampunan merupakan tindakan eskatologi iman dan harapan. Dengan kata lain, semasa mengampunkan orang lain, kita menunjukkan kepercayaan kita bahawa Kristus akan kembali dan membetulkan segala sesuatu dengan penuh belas kasihan. Keselamatan kita membolehkan kita untuk menghadapi bentuk kejahatan yang paling dahsyat dengan harapan. Paulus berkata, "Tetapi dengan bertambahnya dosa, semakin bertambahlah kasih kurnia” (Roma 5:20).

PENERAPAN

Disebabkan Allah sahajalah yang dapat menyembuhkan luka kita sepenuhnya dan membangkitkan orang mati, kita seharusnya memperoleh hati berbelas kasihan-Nya jika kita mahu mengampunkan orang lain. Oleh itu, Yesus berkata, "Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka” (Lukas 23:34). Haruskah kita mengatakan sesuatu yang kurang daripada itu?

Marilah kita berdoa agar Tuhan akan mengubah hati kita yang keras dan tidak memaafi. Setiap kali kita berbelas kasihan, memaafi, dan bertimbang rasa dalam nama Kristus—kasih yang mengampunkan rasa bersalah orang lain—kita maju ke arah pemerintahan-Nya yang akan terlaksana, berkat kerajaan yang kita nikmati di bumi sebagaimana di syurga.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

The Upside Down Kingdom: An 8 Day Study Through the Beatitudes

Dalam Ucapan Bahagia (Matius 5:2-12), Yesus menggesa kita untuk mengasingkan diri daripada dunia ini, menjalankan hidup budaya saingan dengan identiti baru yang berakarkan-Nya. The Upside Down Kingdom (Kerajaan Terbalik) meneliti kebijaksanaan lawan gerak hati ini dan menerokai kerelevanannya sekarang ini.

More

Kami berterima kasih kepada Crossway kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.crossway.org/