Kerajaan Terbalik: Kajian 8 Hari Tentang Ucapan BahagiaSampel

The Upside Down Kingdom: An 8 Day Study Through the Beatitudes

HARI 3 DARIPADA 8

Kelembutan di Dunia yang Ganas

Berbahagialah orang yang rendah hati, mereka akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah! Matius 5:5

PENDAHULUAN

Pada tahun 1095, Pope Urban II melancarkan Perang Salib Pertama untuk menuntut semula Yerusalem daripada orang Muslim, dengan seruan Deus Vult, “Allah menghendakinya.” Dengan semangat perjuangan yang sama, banyak penakluk (dari Portugal dan Sepanyol) cuba menyebarkan agama Kristian ke seluruh Amerika—satu lagi cerita kekejaman yang dilakukan atas nama Yesus. Peperangan Tiga Puluh Tahun (daripada 1618 hingga 1648) juga terlintas di fikiran, apabila orang Katolik dan Protestan bertempur, menunjukkan senjata yang kasar buatannya, membunuh jutaan orang.

Semua ini membawa kita kepada persoalan: apakah peranan kuasa yang sewajarnya dalam kehidupan Kristian—pengumpulan "kuasa dari tempat tinggi" (Lukas 24:49) yang melaluinya kerajaan dimajukan di dunia ini?

WAWASAN RENUNGAN

Daya penggerak kerendahan hati ialah kasih Allah yang mengorbankan diri, yang ternyata dalam pengorbanan nyawa Kristus. Namun, kerendahan hati tidak harus dikelirukan dengan kelemahan. Secara paradoksikal, kerendahan hati boleh didefinisikan sebagai kekuatan lembut, dikuasai Roh Kudus, dan ia akan mewarisi bumi ini.

PEMERHATIAN

Khutbah di atas Bukit mengatakan, "Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini” (Matius 5:5). Kata kerja "mewarisi" menunjukkan pemilikan tetap, hadiah yang ditempatkan oleh Allah dalam tangan kita. Namun, apakah maksudnya—memiliki bumi ini? Mazmur 37 bercakap bahawa orang yang rendah hati akan mewarisi negeri ini (negeri Israel). Orang rendah hati yang diberkati ialah orang yang mempercayai Tuhan. Mereka menjauhi kemarahan. Mereka tunggu secara sabar—dan Allah mengurniai mereka dengan Tanah Perjanjian.

Walau bagaimanapun, teks kita tidak menyebut "tanah". Yesus berkata orang yang rendah hati akan mewarisi "bumi" ini. Berkat Allah telah disejagatkan. Kini, kerajaan menjadi milik orang daripada setiap suku, bahasa, dan bangsa. Ahli teologi memanggil Kerajaan ini "sudah dan belum lagi." Warisan sepenuh akan datang pada masa depan. Namun, berkat itu telah bermula, termasuk persekutuan yang dekat dengan Allah ... tidak berasa bersalah ... kedamaian ... dan buah rohani.

PENERAPAN

Merentasi kerajaan Kristus, kita kekurangan individu yang bersedia untuk memimpin jemaat Kristus dengan kerendahan hati—iaitu, kekuatan yang lembut, dikuasai Roh Kudus. Sebaliknya, banyak orang yang bersantai dan menunggu orang lain untuk memimpin, untuk membuat keputusan, dan mengerjakan pelayanan. Gereja menderita—dan iblis ketawa terkekek-kekek. Pada waktu tersebut, kita lupa bahawa Kristus ialah singa, cemeti mencambuk agama yang tidak mempunyai kuasa, yang memanggil pengikut-Nya untuk melibatkan diri dalam pertempuran rohani.

Demi melihat kuasa kerendahan hati yang tidak dapat diperikan, kita seharusnya tidak memandang kerendahan hati sahaja, malah memandang Tuhan Yesus Kristus, Raja kerendahan hati yang merendahkan diri sehinggakan mengorbankan hidup-Nya, meskipun kematian di salib (Filipi 2). Dengan penglihatan itu di hadapan kita, kita akan diilhami untuk melayan di gereja dan di rumah dengan kekuatan lembut, dikuasai Roh Kudus. Kemudian, dunia yang sangat menderita akan melihat perbezaan yang dibawa oleh kerendahan hati yang memuliakan Kristus.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Upside Down Kingdom: An 8 Day Study Through the Beatitudes

Dalam Ucapan Bahagia (Matius 5:2-12), Yesus menggesa kita untuk mengasingkan diri daripada dunia ini, menjalankan hidup budaya saingan dengan identiti baru yang berakarkan-Nya. The Upside Down Kingdom (Kerajaan Terbalik) meneliti kebijaksanaan lawan gerak hati ini dan menerokai kerelevanannya sekarang ini.

More

Kami berterima kasih kepada Crossway kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.crossway.org/