Kerajaan Terbalik: Kajian 8 Hari Tentang Ucapan BahagiaSampel

The Upside Down Kingdom: An 8 Day Study Through the Beatitudes

HARI 6 DARIPADA 8

Melihat Allah

Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. Matius 5:8

PENDAHULUAN

Setelah kehilangan daya penglihatan semasa ia masih bayi kerana kecuaian doktor, Fanny J. Crosby menggubah lebih daripada 9,000 kidung puji-pujian, termasuk “Blessed Assurance,” “Jesus, Keep Me Near the Cross,” dan “I Am Thine, O Lord.” Output Crosby yang besar terhutang budi kepada mindanya yang luar biasa. Menurut salah seorang rakan usaha samanya, Hugh Main, Crosby boleh mengimlakkan dua kidung puji-pujian serentak, berselang-seli di antara setiap puisi dan menjadikan kedua-dua setiausahanya sibuk.

Walau bagaimanapun, ini cumalah sebahagian daripada pelayanannya. Selama lebih dua dekad, ia melawat masyarakat misi penyelamat Manhattan yang terpinggir dan tertindas. Crosby sering mendorong pendengarnya dengan menegaskan akhir hayat apabila orang percaya bersemuka dengan Kristus. Sepanjang beberapa abad, gereja telah menggambarkan kemuncak harapan ini sebagai penglihatan bahagia (1 Korintus 13:12).

WAWASAN RENUNGAN

Allah menyelidik sikap dalaman kita, menilai motif kita, dan memerhatikan tingkah laku peribadi kita. Dorongan hati dan niat tersebut merupakan tumpuan utama kerajaan.

PEMERHATIAN

Masalahnya ialah hati berdosa orang yang tidak sedar bahawa mereka telah meninggalkan Allah dan berjauhan daripada Allah. Ini mengakibatkan kepalsuan dan kebanggaan, kata Augustine, yang membawa kepada pengasingan dan konflik lanjut. Hatilah teras masalah. Walaupun perbuatan kita yang paling rendah hati dan altruistik—pelayanan kita terhadap orang lain dan pengejaran kebaikan bersama—tidak dapat tidak menjadi perkara yang membanggakan. Kepura-puraan kita tentang kesucian kerap menyembunyikan dosa sulit.

Kata Augustine, bercakap kepada Allah: “Engkau menjadikan kami untuk diri-Mu, ya Tuhan, dan hati kami gelisah dan hanya akan tenang sehingga ia beristirehat di dalam Engkau.” Augustine menggunakan "hati" dalam bentuk tunggal bukannya dalam bentuk jamak, mencadangkan bahawa bangsa manusia berkongsi hati sepunya, maka keperluan yang sama—agar kekosongan kita dipenuhi oleh kehadiran Allah yang menyucikan. Inilah yang dicapai oleh Roh Allah melalui Kitab Suci, transformasi yang memutuskan sawai terminal kita.

Pengalaman ini—peralihan daripada kebutaan kepada penglihatan rohani—merupakan jalan keselamatan. Semasa berucap kepada jemaahnya di Hippo, Augustine berkhutbah, “Tujuan hidup ini ialah memulihkan mata hati agar melaluinya Allah dilihat." Penglihatan ini mengatasi pelihatan. Ini ialah pelihatan terhadap Allah.

PENERAPAN

Ucapan bahagia ini mengingatkan kita bahawa tumpuan pelihatan kita tidak dapat dipisahkan daripada tumpuan hati kita. Penodaan dan pelihatan terhadap Allah tidak secocok. Kita yang telah memandang Dia yang dibangkitkan demi pembenaran kita tidak diselamatkan untuk terus hidup dalam ketidaksucian. Sebaliknya, kita telah diselamatkan daripada ketidaksucian untuk hidup yang baru, proses yang beransur-ansur dan sememeh (daripada pandangan kita) yang makin menghargai Kristus lebih daripada perkara yang sia-sia yang paling menarik perhatian kita.

Orang yang mencari kesucian juga mencari Tuhan, dan, seperti orang yang dahaga di gurun, akan menemui kedua-duanya lalu memuaskan kedahagaannya untuk selama-lamanya. Di manakah hati anda?

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

The Upside Down Kingdom: An 8 Day Study Through the Beatitudes

Dalam Ucapan Bahagia (Matius 5:2-12), Yesus menggesa kita untuk mengasingkan diri daripada dunia ini, menjalankan hidup budaya saingan dengan identiti baru yang berakarkan-Nya. The Upside Down Kingdom (Kerajaan Terbalik) meneliti kebijaksanaan lawan gerak hati ini dan menerokai kerelevanannya sekarang ini.

More

Kami berterima kasih kepada Crossway kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.crossway.org/