Kerajaan Terbalik: Kajian 8 Hari Tentang Ucapan BahagiaSampel

The Upside Down Kingdom: An 8 Day Study Through the Beatitudes

HARI 4 DARIPADA 8

Rasakan dan Lihatlah

Berbahagialah orang yang betul-betul mahu melakukan kehendak Allah, Allah akan memuaskan mereka! Matius 5:6

PENDAHULUAN

Semua orang tahu rasa lapar. Sebagai bayi yang sangat lapar, kita menangis, dan sebagai orang dewasa yang kebuluran, kita mungkin cepat marah, atau bak kata orang, "hangry" (marah saat lapar). Kita juga mengetahui bentuk kelaparan yang memaksa kita untuk berkorban dan mencapai; kelaparan yang menguasai fikiran kita, membentuk visi kita, dan membangkitkan cita-cita kita. Lama-kelamaan, kelaparan ini membentuk identiti kita. Seperti yang kerap dikata oleh pakar perubatan, "Kita adalah apa yang kita makan," aksiom yang benar dalam alam rohani.

Apabila kita mengamalkan diet cita-cita yang mementingkan diri, kependuaan, kebendaan, dan kecurangan, kita tidak dapat tidak akan melambangkan sifat tersebut. Seperti ketagih makanan yang memakan seluruh kanister Pringles dan sebekas ais krim Breyers, kita boleh beralih daripada kompromi moral kepada pola pembinasaan diri yang lebih mendalam, termasuk ketamakan, hawa nafsu, kecemburuan, dan dosa lain yang dikatakan dosa besar. Ahli falsafah James K.A. Smith menegaskan keperluan "membiasakan semula" kelaparan kita. Maksudnya, menyerahkan kerinduan dan idam terdalam kita kepada keulungan Kristus.

Kita telah dipanggil untuk melaparkan dan mendahagakan kebenaran.

WAWASAN RENUNGAN

Kebenaran yang kita cari ialah kasih kurnia Allah yang menyelamatkan—kasih kurnia yang memberkati bangsa manusia dalam lingkungan yang paling diperlukan: dalam hubungan dengan Allah, dalam pembaharuan jiwa kita, dan dalam struktur masyarakat.

PEMERHATIAN

Kebenaran Allah memperlihatkan kemuliaan-Nya semasa Dia menghulurkan tangan keselamatan-Nya yang berbelas kasihan. Yesus melambangkan kebenaran ini, dan kini siapa-siapa yang menerima-Nya dengan beriman menikmati berkat penebusan-Nya. Apabila pemungut cukai Matius bertaubat, ia mengalami keadilan dan berkat Allah. Demikian juga pelacur dan orang yang dianggap sebagai "pendosa." Oleh itu, Yesus memberitahu pemerintah agama, "Ketahuilah! Pemungut cukai dan pelacur akan menikmati Pemerintahan Allah lebih dahulu daripada kamu” (Matius 21:31). Tidak menghairankan bahawa pemimpin Yahudi ingin menangkap-Nya, bukan? Satu kerajaan alternatif kini mencerobohi ekonomi agama mereka—sudah tentu, kerajaan Allah.

“Keberkatan ini,” kata Donald Hagner, “tidak dianggap sebagai berpunca daripada pembina, tetapi daripada penerima." Kita mesti bekerja keras untuk menolak gerak hati semula jadi untuk mencari sesuatu daripada diri sendiri yang patut menerima rahmat Allah. Dari mula hingga akhir, kita telah diselamatkan oleh inisiatif kudus. Jika tidak bagaimana kita menjelaskan penerimaan Allah akan pengecut seperti Abraham, dan orang yang berzina dan pembunuh seperti Daud? (Lihat Roma 4:1-8). Sudah pasti, bagaimana kita menjelaskan iman kita?

PENERAPAN

Sementara mendebatkan injil pembenaran oleh iman sahaja, reformis menekankan bahawa iman kita tidak tersendiri. Calvin yakin bahawa "kita tidak mengimpikan iman yang tidak mempunyai perbuatan baik dan juga tidak pembenaran yang tidak mempunyai perbuatan baik." Bersatu dengan Kristus, akibatnya kita mengalami pengubahsuaian Roh Kudus, yang menghasilkan buah kebenaran (Galatia 5:22-23).

Oleh yang demikian, Yesus mengubah selera kita daripada dalam ke luar. Martin Luther mengatakan orang seperti itu, "terus bekerja dan berusaha dengan sedaya upaya untuk menggalakkan kebajikan umum dan kelakuan yang betul bagi setiap orang dan... menolong mengekalkan serta menyokongnya melalui pertuturan dan perbuatan, berdasarkan prinsip dan contoh.”

Orang yang melaparkan dan mendahagakan kebenaran akan menunjukkan bahawa mereka telah dipuaskan sementara mereka menjalankan hidup yang bertambah benar (namun masih tidak sempurna). Adakah anda melaparkan dan mendahagakan kebenaran? Bagaimanakah selera yang baru ini dinyatakan dalam hidup anda?

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

The Upside Down Kingdom: An 8 Day Study Through the Beatitudes

Dalam Ucapan Bahagia (Matius 5:2-12), Yesus menggesa kita untuk mengasingkan diri daripada dunia ini, menjalankan hidup budaya saingan dengan identiti baru yang berakarkan-Nya. The Upside Down Kingdom (Kerajaan Terbalik) meneliti kebijaksanaan lawan gerak hati ini dan menerokai kerelevanannya sekarang ini.

More

Kami berterima kasih kepada Crossway kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.crossway.org/