Info Pelan

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

HARI 9 DARIPADA 21

Allah Itu Tuhan Kita



Pada masa sekarang, banyak ibu bapa menamakan anak mereka berdasarkan apa yang popular atau yang kedengaran baik, tanpa erti, cuma melihat anggukan ahli keluarga atau kawan. Namun, pada zaman alkitabiah, nama adalah penting. Sering kali, sebahagian besar daripada sifat, pengalaman, dan pandangan seseorang dipengaruhi oleh nama mereka.



Allah mempunyai banyak nama yang mengungkapkan aspek-Nya yang penting bagi umat-Nya. Umat Allah pada zaman Perjanjian Lama memahami kuasa, kepentingan, dan kesan nama-nama Allah.



Dalam 2 Samuel 7:18-23, Raja Daud memanggil Allah "Adonai," yang bermaksud tuan dan Tuhan. Daud, seorang raja yang dihormati dan berkuasa, mengakui bahawa kebesarannya di hadapan manusia tidak ada apa-apa berbanding dengan kebesaran Allah. Semasa memanggil Allah "Adonai," Daud mengakui kedaulatan Allah. Allah sahaja memiliki segala kekuasaan dan segala kewibawaan. Dia berupaya melakukan apa jua, dan Dia sentiasa betul.



Allah menunjukkan aspek diri-Nya yang ini kepada Israel dengan membuka jalan untuk umat-Nya melepaskan diri daripada penawanan dan mendiami tanah yang baru (2 Samuel 7:23). Sebagaimana Allah melaksanakan tanda yang besar dan menakjubkan bagi Israel, Dia melaksanakan hal yang sama bagi kita.



Allah membuka jalan bagi kita untuk menjalin hubungan dengan-Nya melalui pengutusan Anak-Nya, Yesus, untuk melunaskan dosa kita. Apabila kita menerima Yesus sebagai penyelamat kita, kita juga mengakui Allah sebagai "Adonai," tuan dan Tuhan kita (Matius 10:32).



Apabila kita berhubungan dengan Allah, kita ditetapkan sebagai umat-Nya dan seperti Israel, kita menjadi umat-Nya selama-lamanya (2 Samuel 7:24). Pengakuan ini telah mengubah Daud, dan mengubah kita. Daud memandang dirinya sebagai hamba yang bertugas membawa kemuliaan Allah. Seperti Daud, apabila kita mengenali Allah sebagai "Adonai," tumpuan kehidupan kita berubah daripada melayani diri kepada melayani Allah dan orang lain.



Renungan:




  • Apakah yang dikatakan tentang kuasa Allah apabila raja dengan kaliber Daud menjadikan dirinya hamba Allah?

  • Bagaimanakah melihat Allah sebagai "Adonai" mengubah pemahaman anda akan sifat-Nya?

  • Adakah anda menganggap diri anda sebagai hamba Allah? Mengapa ya atau mengapa tidak?

Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://newspring.cc

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami