Info Pelan

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

HARI 11 DARIPADA 21

Allah Itu Kasih



Budaya kita mempunyai obsesi dengan kasih. Novel dan wayang cinta mengajar kita bahawa kasih harus membuat kita rasa seronok dan kita harus melakukan apa sahaja — walaupun perbuatan yang salah — untuk memperoleh kasih.



Walau bagaimanapun, keghairahan seks bukanlah segala-galanya tentang kasih — jika itu adalah kasih.



Apabila Perjanjian Baru diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani, sekurang-kurangnya empat perkataan diterjemahkan sebagai kasih:




  • storge (menyukai seseorang melalui rasa sayang kekariban),

  • philia (kasih antara kawan),

  • eros (rasa 'dilamun cinta'),

  • agape (kasih tidak bersyarat 'Allah').


Dengan begitu banyak emosi yang terangkum dalam satu perkataan, memanglah mudah untuk melihat bagaimana idea kasih boleh disalahtafsirkan.



Dalam satu surat kepada orang Kristian awal, Yohanes, salah seorang kawan karib Yesus, memberikan kita satu cara yang lebih baik untuk memahami kasih. 1 Yohanes 4:8 berkata, "Allah itu kasih."



Kasih bukanlah sesuatu yang dilakukan oleh Allah; kasih adalah siapa Dia itu. Allah merupakan sumber keupayaan kita untuk berkasih. Apabila kita memandang Allah sebagai standard kasih, itu mengubah cara kita melayan satu sama lain.  



Kasih Allah ditunjukkan dengan baik sekali dalam kehidupan dan kematian Yesus. "Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal" (Yohanes 3:16).



Kasih Allah bersifat bersedia mengorbankan diri; kasih Allah tidak bergantung pada perasaan atau nafsu. Kasih Allah kekal dan lengkap; kasih Allah tidak memasang mata untuk seseorang atau sesuatu yang lebih baik. Apabila kita memandang budaya, kasih telah menjadi perkataan yang kabur dan mengelirukan. Namun, dalam Kristus, kasih telah ditebus. 



Hanya apabila kita betul-betul mengenali Allah, baru kita dapat berkasih sebagaimana Dia mengasihi. Cabaran Yohanes kepada gereja pada zamannya adalah sama dengan cabaran yang kita hadapi hari ini. Sesudah kita mengalami kasih ini, kita dipanggil untuk pergi dan berkongsinya dengan orang lain (1 Yohanes 4:11).



Renungan:




  • Apakah satu cara di mana Allah telah menunjukkan bahawa kasih-Nya adalah berbeza daripada kasih duniawi?

  • Apakah satu cara di mana anda boleh menunjukkan kasih Allah hari ini?

Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://newspring.cc

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami