Info Pelan

Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

HARI 8 DARIPADA 21

Allah Itu Jehovah



Pernahkah anda diberikan tugas yang anda rasa adalah terlalu besar untuk dilaksanakan? Fikiran awal anda adalah, "Siapakah saya ini untuk melaksanakan ini?" Sama ada dalam kerjaya, perkahwinan, peranan sukarela, pengasuhan, atau persekolahan, ada masanya kita akan tertanya-tanya, "Mengapa saya?"

 



Musa mempunyai reaksi yang sama dalam kitab Keluaran. Allah telah mengutus Musa untuk melaksanakan rancangan-Nya untuk membebaskan orang Israel daripada Firaun. Soalan pertama Musa ialah, "Siapakah aku ini untuk melaksanakan tugas yang besar ini?" Walau bagaimanapun, soalan keduanya adalah lebih penting. Ia bertanya, "'Apakah yang harus aku katakan kepada mereka yang menanya siapakah yang mengutus aku?" Allah membalas, "Aku adalah AKU...Dia yang menyebut diri-Nya AKU sudah mengutus saya kepada kamu" (Keluaran 3:14).



Kita menggambarkan diri berdasarkan perbuatan kita atau bagaimana kita berhubung dengan orang lain, contohnya, "Saya seorang peniaga" atau "Saya seorang ibu." Allah tidak memerlukan penerang yang menggambarkan Dia berhubung dengan sesuatu yang lain. Segala sesuatu menemukan definisinya berhubung dengan Allah. Apabila Dia merujuk kepada diri-Nya sebagai "Aku adalah AKU," Dia mengingatkan Musa bahawa Dia memiliki segala kuasa dan sentiasanya wujud. Allah maha berkuasa, tidak berubah, dan setia.

 



Para sarjana berpendapat Jehovah atau Yahweh, yang diterjemahkan sebagai "TUHAN," berasal daripada perkataan Ibrani "AKU." Yahweh digunakan lebih banyak kali daripada nama Allah yang lain dalam Alkitab, sebanyak 6,519 kali. Berkali-kali, umat Allah diingatkan akan kuasa AKU.



Mengenali Allah melengkapkan kita untuk mengetahui siapa kita dan apa yang kita dipanggil untuk laksanakan.



Apabila kita rasa tugas kita dalam kehidupan ini adalah terlalu berat, memanglah sifat manusia untuk mengajukan soalan pertama Musa, "Mengapa saya?" Akan tetapi, memanglah penting untuk mengajukan soalan kedua yang mengubah segala sesuatu: "Siapakah yang mengutus saya?"



Renungan:




  • Apakah satu lingkungan dalam kehidupan anda di mana anda rasa ditenggelami dan tidak dapat melaksanakan tugas semasa anda? Adakah ini sesuatu yang Allah panggil anda untuk laksanakan?

  • Bagaimanakah pengetahuan akan sifat dan kuasa Allah mengubah perspektif anda tentang tugas tersebut?

Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://newspring.cc

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami