Menyiapkan Hati Kita untuk Paskah: Renungan Pra-PaskahSampel

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

HARI 38 DARIPADA 40

"Hari 38: Pembasuhan"

Alkitab Berita Baik menterjemahkan ayat 1: "Yesus mengasihi semua pengikut-Nya di dunia, dan Dia tetap mengasihi mereka sampai akhir." Dalam tindakan membasuh kaki yang tidak diduga ini, Yesus mengkomunikasikan sesuatu yang mendalam tentang sifat kasih ilahi. Kasih bukanlah apa yang dilakukan Yesus semata-mata, tetapi Dialah kasih.

Sering kali semasa kita mempertimbangkan untuk mengasihi seseorang, kita fikir dari segi tindakan dan kelakuan. Kita menanya diri, "Apakah perbuatan berkasih sayang yang harus dilakukan?" Namun, tindakan pelayanan Yesus yang tidak diduga dan tidak suka menonjolkan diri ini menyebabkan kita untuk menanya satu soalan sebelum itu, "Siapakah saya?" Tanpa menanyakan soalan ini terlebih dahulu, kita boleh menetapkan batasan yang tidak disedari pada kasih kita kerana kita tidak bertindak berasaskan identiti yang telah diubah injil. Misalnya, jika kita melihat diri sebagai anak yatim yang perlu menjaga diri dan bukannya sebagai anak yang dikasihi Allah, kita akan membataskan kemurahan hati kita terhadap orang lain kerana takut akan kekurangan. Demikian juga, jika kita melihat diri sebagai benar kerana usaha diri, wujudnya batasan kepada kerelaan kita melayani orang lain kerana kebanggaan kita menghalang kita daripada melayani orang yang "tidak patut menerima."

Apabila kita memandang Kristus, kita menemui kebebasan yang indah untuk melayani orang lain, yang timbul daripada keyakinan akan identiti-Nya: "Sebenarnya Dia ilahi,
tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya. Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti seorang hamba" (Filipi 2:6-7). Yesus berupaya melayan dalam cara yang tidak diduga siapa-siapa kerana Dia mengetahui kasih Bapa secara intim. Hati yang sama, yang telah menyebabkan Dia membasuh kaki murid-murid-Nya, akan membawa-Nya ke salib. Oleh Kristus, kita memiliki status istimewa dan keyakinan yang sama bersama dengan Bapa, lalu, kita menjadi bebas untuk melayan secara radikal dan berkasih sebagaimana Dia telah melayani kita.

Doa

Bapa di syurga, setiap hari saya lupa tentang identiti saya dalam Kristus dan kasih karunia yang membaluti hidup saya. Kasih saya adalah terbatas kerana saya tidak menerima kebenaran tentang siapakah saya yang telah Engkau ciptakan saya menjadi. Bantulah saya untuk hidup sebagai anak kesayangan-Mu supaya kasih saya terhadap orang lain mengalir daripada identiti yang baru ini. Biarlah saya menjadi hamba yang membingungkan kepada orang di sekeliling saya sementara Engkau menghapuskan batasan yang telah saya tetapkan terhadap kasih saya. Dalam Nama Kristus, amin.

Hak cipta (c) 2012 oleh Redeemer Presbyterian Church.

Perihal Pelan

Preparing Our Hearts for Easter: A Lenten Devotional

Apakah itu pra-Paskah? Ia adalah masa di mana kita menjangkakan kemenangan terang dan hidup Kristus ke atas kegelapan dosa dan kematian. Semasa kita beralih daripada Rabu Abu ke Paskah, kita diingatkan oleh realiti kelemahan kita dan kasih karunia penebusan Allah.

More

Renungan ini direka bentuk oleh kakitangan Redeemer Presbyterian Church dan disiarkan pada asalnya dalam www.redeemer.com pada tahun 2012. Digunakan dengan kebenaran.