Info Pelan

Memberikan Nafas Keghairahan Rohani kepada Perkahwinan AndaSampel

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

HARI 7 DARIPADA 7

“Lain daripada yang Lain”

Saya akan mengungkapkan kata-kata paderi abad ke-19, Horace Bushnell, dalam bahasa perkahwinan: “Tiada pasangan suami isteri yang dipanggil untuk menjadi seperti pasangan lain. Allah mempunyai banyak rancangan untuk pasangan suami isteri sebagaimana Dia mempunyai banyak pasangan suami isteri; oleh itu, Dia tidak pernah menghendaki mereka untuk mengukur kehidupan mereka menurut pasangan yang lain.”

Anda membentuk setengah daripada pasangan yang unik. Tiada pasangan lain yang memiliki kurnia anda, kelemahan anda, sejarah anda, dinamik anda, anak anda, panggilan anda. Terdapat kebebasan yang besar dalam penerimaan identiti pasangan kita yang seadanya: kita mungkin kuat dalam lingkungan ini, lemah dalam itu, mudah dipengaruhi di sini, tidak dapat ditembusi di sana, cemerlang dalam ini, kerap gagal dalam itu, tetapi kita adalah pasangan yang unik, yang telah dipanggil Allah untuk memenuhi tujuan unik kita dalam dunia ini.

Allah telah membina rumah anda dan perkahwinan anda, dan itulah kehidupan yang diingini-Nya untuk anda. Jangan pandang pasangan lain untuk mengukur nilai anda; pandanglah Allah untuk memenuhi panggilan anda. Jangan membandingkan diri dengan pasangan lain untuk mengukur kegembiraan anda; bandingkan ketaatan anda dengan reka bentuk Allah terhadap hidup anda untuk mengukur kesetiaan anda.

Berasa selesa dengan cerita anda, identiti anda sebagai suami isteri. Menikmatinya. Jangan sekali-kali membuat perbandingan. Taatilah visi unik Allah yang diberikan-Nya kepada anda yang unik (dan anda itu berbentuk jamak). Allah tidak memerlukan satu lagi pasangan yang sama seperti pasangan yang telah dicipta-Nya. Dia adalah jauh lebih kreatif daripada itu. Sebaliknya, Dia mahu membebaskan dan memberkati pasangan unik yang dibentuk anda.

* Pasangan manakah yang kerap menjadi perbandingan anda? Adakah anda percaya bahawa Allah telah menetapkan anda berdua dalam perjalanan yang istimewa ini demi tujuan-Nya? Bagaimanakah anda menggenapi itu?

Adakah anda seronok membaca pelan bacaan ini? Jika ya, sertailah untuk memenangi buku ini di sini

Hari 6

Perihal Pelan

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

Diambil daripada buku barunya "A Lifelong Love," Gary Thomas berbicara tentang tujuan abadi perkahwinan. Pelajari alat-alat praktikal untuk membantu membentuk perkahwinan anda kepada hubungan yang memberikan inspirasi, m...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.dccpromo.com/a_lifelong_love/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami