Info Pelan

Memberikan Nafas Keghairahan Rohani kepada Perkahwinan AndaSampel

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

HARI 1 DARIPADA 7

"Allah sebagai Bapa Mertua"



Ia terjadi seolah-olah seperti satu amaran, dan sebenarnya, saya memerlukannya pada waktu itu. Saya merupakan seorang suami muda, dan semasa satu tempoh berdoa yang serius, saya merasa Allah menyatakan secara langsung kepada saya bahawa Lisa bukan sahaja isteri saya, malah juga anak perempuan-Nya dan saya harus melayani dia secara sewajarnya.



Ini merupakan sesuatu yang tidak terduga kepada saya, dan kuasa wawasan ini bertambah apabila saya mempunyai anak sendiri. Sekiranya anda ingin menawan hati saya, anda hanya perlu melayani anak-anak saya dengan baik.



Sebaliknya, jika anda betul-betul ingin membuat saya marah, carilah salah anak-anak saya. Layanilah mereka dengan buruk. Tekanan darah saya akan meningkat meskipun hanya nama anda disebut kerana saya lebih rela jika anda mengganggu saya daripada mana-mana anak saya.



Maka, semasa saya sedar bahawa saya telah mengahwini seorang anak perempuan Allah — dan bahawa anda, kaum wanita, telah mengahwini anak lelaki Allah — segala sesuatu berkenaan cara saya melihat perkahwinan telah berubah. Allah mengambil berat tentang isteri saya — anak perempuan-Nya — secara lebih kudus dan lebih mendalam daripada perasaan saya terhadap anak perempuan saya. Tiba-tiba, perkahwinan saya bukan lagi tentang saya dan seorang yang lain; ia adalah satu hubungan dengan pasangan ketiga yang amat berminat. Saya sedar bahawa salah satu bentuk penyembahan utama saya sepanjang hayat saya adalah memuliakan Allah dengan menjaga wanita yang akan sentiasa berada dalam fikiran ilahi-Nya, “Anak perempuan kesayangan-Nya."



Kita sering mendengar pastor yang merenungkan kebapaan Allah, satu doktrin yang luar biasa dan benar. Tetapi sekiranya anda ingin mengubah perkahwinan anda, kembangkan analogi ini dan luangkan sedikit masa untuk bermeditasi tentang Allah sebagai Bapa Mertua. Kerana apabila anda mengahwini seorang yang percaya, Dia adalah Bapa Mertua anda!



"Pernahkah anda memikirkan pasangan anda sebagai anak lelaki/anak perempuan Allah? Bagaimanakah ini mengubah hubungan (tindakan serta sikap) anda dengan pasangan anda?
Hari 2

Perihal Pelan

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

Diambil daripada buku barunya "A Lifelong Love," Gary Thomas berbicara tentang tujuan abadi perkahwinan. Pelajari alat-alat praktikal untuk membantu membentuk perkahwinan anda kepada hubungan yang memberikan inspirasi, m...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.dccpromo.com/a_lifelong_love/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami