Info Pelan

Memberikan Nafas Keghairahan Rohani kepada Perkahwinan AndaSampel

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

HARI 3 DARIPADA 7

“Mengasihi Orang yang Tidak Penyayang”

Yesus mengatakan bahawa upah kita adalah besar, bukan kerana kita mengasihi orang yang akan mengasihi kita, tetapi kerana kita mengasihi mereka “yang tidak bersyukur dan jahat” seperti yang dilakukan Allah.

Jika anda berkahwin dengan pasangan yang paling beriman, berhati baik, murah hati dan sangat bertimbang rasa, itu akan menjadi upah anda. Tidak ada upah tambahan di syurga kerana memiliki perkahwinan yang lebih mudah daripada orang lain. Anda akan mendapat kesenangan bertahun-tahun, sementara orang lain mungkin sedang mengumpul untuk keabadian.

Jika, contohnya, pasangan anda mengambil mudah tentang diri anda, anda mungkin tidak akan dihargai di muka bumi ini, tetapi hari itu akan tiba—Yesus menjanjikannya!—bila anda bersemuka dengan Bapa Mertua surgawi anda dan Dia mengatakan kepada anda, “Kamu telah mengasihi anak lelaki-Ku (atau perempuan-Ku) dengan baik, walaupun Aku tahu dia tidak pernah memahami betapa bertuahnya dia kerana berkahwin dengan kamu. Sekarang, Aku akan tunjukkan bagaimana Aku menggunakan seluruh keabadian untuk mengganjarkan mereka yang mengasihi dalam nama-Ku. Terimalah ganjaran kamu, terimalah rehat kamu!”

Anda lihat bagaimana kepercayaan tentang hari itu mengubah cara kita mendefinisikan hari yang baik di sini dan sekarang juga? Kita akan mencari peluang untuk mengasihi, melayani, memberikan perhatian, mendorong, dan menghargai, dan bukannya dikuasai tentang betapa baiknya pasangan kita mengasihi, malayani, memberikan perhatian, mendorong dan menghargai kita. Ini adalah suatu dorongan bagi anda yang hanya diambil mudah atau dipergunakan. Secara terus-terang: sesetengah daripada anda mengahwini orang yang bodoh. Saya tidak bermaksud bersikap sambil lewa, tetapi Alkitab menyatakan ada orang yang bodoh, bukan? Saya rasa, pasti ada orang yang akan mengahwininya. Mungkin anda sudah memilih seorang daripadanya. Menurut pandangan duniawi, ia adalah kehidupan yang disia-siakan. Menurut pandangan keabadian, anda berpeluang memantapkan diri untuk perbualan yang mendebarkan dan memuaskan di kerusi pengadilan Kristus.

* Bagaimanakah petikan ini mendorong anda untuk mengasihi pasangan anda walaupun susah? Bagaimanakah pengajaran ini memberi kesan kepada cara anda hidup setiap hari bersama dengan pasangan anda?

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

Diambil daripada buku barunya "A Lifelong Love," Gary Thomas berbicara tentang tujuan abadi perkahwinan. Pelajari alat-alat praktikal untuk membantu membentuk perkahwinan anda kepada hubungan yang memberikan inspirasi, m...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.dccpromo.com/a_lifelong_love/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami