Info Pelan

Memberikan Nafas Keghairahan Rohani kepada Perkahwinan AndaSampel

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

HARI 4 DARIPADA 7

“Kebergantungan Ilahi”

Jika perkahwinan dan keluarga anda seolah-olah suatu gurauan ataupun dalam keadaan hampir-hampir kelam-kabut, ia bukanlah sesuatu yang baru bagi Allah ataupun sesuatu yang tidak dapat diselamatkan-Nya. Terdapat banyak ajaran Kristian pada masa kini yang berkaitan dengan mengembangkan karunia “kita”, mengembangkan bakat “kita”, mencapai potensi diri “kita”, namun ada banyak juga ajaran dan kehidupan Yesus yang mengenai penyerahan kepada kuasa Roh Kudus. Biarkan perkahwinan mengajar kita untuk mempercayai Roh Kudus. Dia telah membuktikan diri-Nya. Jika kita betul-betul hendak mengalami perubahan dalam perkahwinan kita, kita harus mempelajari kemuliaan kebergantungan ilahi.

Allah tidak akan mengarahkan kita untuk melakukan sesuatu tanpa memberikan kita segala sesuatu yang diperlukan supaya kita dapat menyelesaikan tugas tersebut. Ia mungkin bukan segala sesuatu yang kita fikir adalah perlu, namun, ia pastilah segala sesuatu yang diperlukan. Ini tidak bermaksud tugas tersebut adalah sesuatu yang mudah. Walau bagaimanapun, Allah telah berjanji melalui Yesaya, “Dia menguatkan orang yang lemah, dan memberikan kekuatan kepada orang yang tidak berdaya” (Yesaya 40:29).

Jangan menyingkirkan fikiran ini, kerana ia adalah amat penting: Yesaya 40:29 menganggap bahawa Allah akan memanggil kita untuk melakukan pelbagai tugas di mana kita kekurangan kuasa untuk menyelesaikannya sendiri.

“Rahsia” perkahwinan yang betul-betul kudus ialah suatu peribadi, Roh Kudus yang dijanjikan Allah. Disebabkan Allah ialah Allah yang rindu memiliki hubungan (memenuhi keperluan keselamatan kita dengan mengutuskan Anak-Nya), tidak hairanlah bahawa Dia memenuhi keperluan kita untuk perubahan dengan mengutuskan diri-Nya dalam bentuk Roh Kudus.

Oleh sebab perkahwinan merupakan tindakan penyembahan yang paling mendalam yang boleh dikongsi oleh mana-mana dua orang percaya, adlaah mustahil untuk berkahwin secara kudus tanpa Roh Kudus yang aktif dalam kehidupan kita, membantu kita untuk memahami maksud mengasihi, memberikan kita kuasa untuk mengasihi, menginsafkan kita apabila kita gagal mengasihi, membaharui hati kita apabila kita menjadi letih dalam kasih, dan mencurahkan harapan apabila kita berasa kecewa dalam kasih.

* Adakah anda bergantung pada Roh Kudus untuk menguatkan anda dan perkahwinan anda? Apakah situasi khusus di mana anda kurang kemampuan, namun dikuatkan oleh Roh Kudus?

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

Diambil daripada buku barunya "A Lifelong Love," Gary Thomas berbicara tentang tujuan abadi perkahwinan. Pelajari alat-alat praktikal untuk membantu membentuk perkahwinan anda kepada hubungan yang memberikan inspirasi, m...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.dccpromo.com/a_lifelong_love/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami