Info Pelan

Memberikan Nafas Keghairahan Rohani kepada Perkahwinan AndaSampel

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

HARI 2 DARIPADA 7

“Mencari Kehidupan”

Tanya diri anda: dalam perkahwinan saya, berapa kerap saya terperangkap dalam pergaduhan tentang perkara yang pada akhirnya tidak penting? Berapa banyak masalah perkahwinan yang boleh diselesaikan jika pasangan bersama-sama membaca Khutbah di Bukit sekali dalam sebulan?

Ini bukanlah memandang menghina perkara di bumi—tidak perlu lakukan itu—ini adalah untuk memuliakan perkara di syurga. Jonathan Edwards menulis seperti penyair: “Ayah-ayah dan ibu-ibu, para suami, isteri atau anak, atau rakan-rakan duniawi, hanyalah bayang-bayang; tetapi kegembiraan Allah adalah realiti. Ini semua hanyalah pancaran cahaya, tetapi Allah adalah matahari. Ini semua adalah arus; tetapi Allah adalah sumber air. Ini semua adalah titisan, tetapi Allah adalah lautan.”

Semua ini bererti kita harus berusaha untuk mengekalkan tumpuan kita, obsesi kita; jika tidak, kita mungkin akan meletakkan tumpuan kita pada tujuan yang kurang penting (tetapi masih penting)—cuba untuk memperbaiki komunikasi kita, menyusun kewangan kita, menjaga percintaan kita untuk tetap segar dan menyeronokkan, dan banyak lagi. Kita harus ingat bahawa perkara-perkara ini bukanlah intipati kehidupan and bukanlah matlamat akhir. Lagi pula, seperti yang diingatkan Edwards, “

Jika kehidupan kita bukan perjalanan menuju syurga, maka ia adalah perjalanan menuju neraka.” Jika anda benar-benar ingin mengamalkannya, bercakap dengan pasangan anda dan/atau sekumpulan rakan baik setiap bulan. Tanya satu sama lain: “Bagaimanakah pengharapan syurga mempengaruhi cara kita mengasihi satu sama lain, cara kita membesarkan anak kita, cara kita membelanjakan duit kita, dan cara kita memfokuskan masa kita?”

* Bagaimanakah anda dan pasangan anda hidup dengan pengharapan syurga setiap hari? Jika anda boleh memiliki penetapan minda akan keabadian, bagaimanakah ia akan mempengaruhi kehidupan seharian anda?

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

Diambil daripada buku barunya "A Lifelong Love," Gary Thomas berbicara tentang tujuan abadi perkahwinan. Pelajari alat-alat praktikal untuk membantu membentuk perkahwinan anda kepada hubungan yang memberikan inspirasi, m...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.dccpromo.com/a_lifelong_love/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami