Info Pelan

Memberikan Nafas Keghairahan Rohani kepada Perkahwinan AndaSampel

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

HARI 5 DARIPADA 7

“Utamakanlah Pemerintahan Allah”

Jika misi kita daripada Kristus adalah “utamakanlah Pemerintahan Allah,” tidak munasabah jika perkahwinan yang berjaya dan memuliakan Allah tidak ditandakan oleh misi. Kita tidak diberitahu untuk utamakan perkahwinan yang bahagia, kehidupan yang gembira, anak yang taat, atau perkara yang lain. Yesus memberitahu kita untuk mengutamakan satu perkara, dan satu perkara sahaja: Pemerintahan-Nya dan kehendak-Nya (kedua-dua perkataan ini mendefinisikan satu sama lain dan membina atas satu sama lain, mewujudkan satu matlamat yang sama). Perkahwinan yang berjaya bukan sahaja disokong oleh matlamat kerajaan, tetapi dalam banyak cara, matlamat itu merupakan prasyarat keintiman selepas cintasentara.

Kehidupan tanpa matlamat ini, dan perkahwinan tanpa tujuan ini, akan kehilangan kilauannya. “Kita merindukan ini sekarang: bekerjasama, berhubung, bekerja seperti kumpulan pendaki gunung, mendaki puncak impian kita, dan kemudiannya mendakap satu sama lain pada penghujung hari. Allah telah menanam kerinduan ini jauh di dalam setiap pasangan suami isteri. Ia adalah lebih daripada kerinduan akan teman. Ia adalah lebih daripada kerinduan untuk membina kehidupan baru. Ini adalah kerinduan yang ketiga, kerinduan untuk melakukan sesuatu yang bermakna bersama-sama. Menurut Firman Allah, kita disatukan untuk membuat perbezaan. Kita berkahwin untuk satu misi.”

“Berkahwin untuk satu misi” boleh mencergaskan semula banyak perkahwinan di mana pasangan rasa mereka mengalami kekurangan keserasian; saya syak banyak daripada pasangan ini sebenarnya mengalami kekurangan tujuan. Kata-kata Yesus yang diberikan kepada kita dalam Matius 6:33 mungkin lebih benar dalam perkahwinan. Apabila kita memberikan kehidupan kita, kita akan menemuinya. Apabila kita memberikan tumpuan di luar perkahwinan kita, kita akan menguatkan perkahwinan kita.

* Adakah perkahwinan anda bermisi? Bagaimanakah anda dan pasangan anda boleh menjalankan kehidupan yang lebih bermisi sebagai suami isteri?

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

Diambil daripada buku barunya "A Lifelong Love," Gary Thomas berbicara tentang tujuan abadi perkahwinan. Pelajari alat-alat praktikal untuk membantu membentuk perkahwinan anda kepada hubungan yang memberikan inspirasi, m...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.dccpromo.com/a_lifelong_love/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami