Info Pelan

Menantikanmu di Sini, Satu Perjalanan Pengharapan AdvenSampel

Waiting Here for You, An Advent Journey of Hope

HARI 6 DARIPADA 7

YESUS ADALAH JAMUAN KITA

RENUNGAN

Yesus bukan sahaja memberikan apa yang anda perlukan; Yesus adalah apa yang anda perlukan. Hati anda dicipta-Nya, untuk-Nya. Anda boleh berlawan dan mencakar untuk memperoleh dunia, tetapi tanpa Yesus, anda tidak mungkin dipuaskan sepenuhnya.

Jika ada ketidakpuasan hati yang semakin mendalam dalam hati anda—kerinduan yang tidak dipuaskan sepenuhnya oleh orang, keseronokan, parti, benda material, atau pencapaian—hari ini adalah hari untuk membuka hati anda kepada idea bahawa anda telah dicipta untuk Yesus. Walau bagaimanapun, anda perlu menjauhi “kekurangan” dan meminta-Nya untuk menjadi “kelebihan” anda. Yesus adalah memadai untuk anda, dan Dia hadir.

TAFAKUR

O Datanglah, Imanuel

O datanglah, Imanuel,
tebus umat-Mu Israel,
yang dalam berkeluh kesah
menantikan Penolongnya.

Bersukalah, hai Israel,
menyambut Sang Imanuel!

O datang, Tunas Isai,
patahkan belenggu pedih;
dan umat-Mu s'lamatkanlah,
sengsaranya musnahkanlah.

Bersukalah, hai Israel,
menyambut Sang Imanuel!

Latin, c. abad ke-12
Psalteriolum Cantionum Catholicarum, KöIn, 1710
Diterjemahkan oleh John Mason Neale, 1818–1866, alt.
Stanza 1 & 4

DOA

Bapa, Engkau sahaja yang mengetahui betapa sukarnya saya telah mencari kepuasan dalam orang dan benda dunia ini. Namun, ia adalah tidak sempurna, dan saya juga tidak sempurna. Engkau sahaja yang boleh memenuhi kerinduan hati saya. Engkau sahaja yang memiliki kasih yang tidak dimiliki orang lain. Engkau tidak pernah berubah. Bukalah mata saya pada hari ini. Tunjukkan kekayaan dan kemuliaan-Mu kepada saya. Tolonglah saya untuk lebih mengenali-Mu. Biarlah saya melihat jamuan yang telah Engkau sediakan di hadapan saya, supaya saya boleh bergembira dalam-Mu sahaja. Amin.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Waiting Here for You, An Advent Journey of Hope

Adven merupakan suatu musim penantian penuh harapan dan penyediaan. Sertai pastor dan pengarang Louie Giglio dalam perjalanan Adven untuk menyedari bahawa menanti tidak sia-sia apabila anda sedang menantikan Tuhan. Ambil...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Louie Giglio, pengarang Waiting Here for You (Passion Publishing), kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.passionresources.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami