Info Pelan

Menantikanmu di Sini, Satu Perjalanan Pengharapan AdvenSampel

Waiting Here for You, An Advent Journey of Hope

HARI 4 DARIPADA 7

KEMULIAAN DI TEMPAT YANG MAHA TINGGI

RENUNGAN

Tiada orang yang dapat menandingi Allah. Tiada pesaing. Tiada kekurangan. Tiada keperluan. Dia adalah terlebih dahulu dari segala sesuatu dan pada penghujung hari Dialah yang bertahan sampai akhir. Dunia ini dipenuhi allah “kecil”, tetapi Allah kita telah menciptakan langit dan bumi. Tiada yang dapat menandingi-Nya. Tiada yang dekat dengan-Nya.

Maka, semasa anda menanti-nanti-Nya pada hari ini, pujilah Dia. Barangkali keadaan anda kelihatan tunggang-terbalik, tetapi takhta-Nya nyata sekali pada kedudukan yang betul! Pujilah Dia semasa menanti. Tinggikan Dia semasa tertanya-tanya. Jadi, jangan mengharapkan banyak perkara hari ini, terus meninggikan Nama di atas segala nama itu. Biarlah Nama itu menambatkan hati anda dan menenangkan jiwa anda. Biarlah pujian anda menenggelamkan semua orang lain yang merebut kesetiaan dan kasih sayang anda. Apabila anda berbuat demikian, nyanyian anda akan meninggikan fikiran anda ke tempat yang tertinggi.

TAFAKUR

Glory in the Highest

You are the first
You go before
You are the last
Lord, You’re the encore
Your name’s in lights for all to see
The starry host declare Your glory

Glory in the highest
Glory in the highest
Glory in the highest

Apart from You there is no god
Light of the world
The Bright and Morning Star
Your name will shine for all to see
You are the One
You are my glory

And no one else could ever compare
To You, Lord
All the earth together declares . . .
Glory in the highest . . . to You, Lord

All the earth will sing Your praise
The moon and stars, the sun and rain
Every nation will proclaim
That You are God and You will reign

Glory, glory hallelujah
Glory, glory to You, Lord
Glory, glory hallelujah
Hallelujah

Chris Tomlin, Matt Redman, Jesse Reeves, Daniel Carson, Ed Cash

DOA

Bapa, apakah yang harus saya katakan kepada-Mu? Tiada yang dapat menandingi-Mu dan tiada pesaing-Mu. Kata-kata dan fikiran saya adalah kecil berbanding-Mu. Saya telah melihat malam yang penuh bintang dan tidak setanding kemuliaan-Mu. Perkuatkan iman saya dan berikan saya kata-kata semasa saya menyertai lagu pujian-Mu.

Segala pujian milik-Mu, sekarang dan selama-lamanya. Saya akan berjalan dalam kebenaran pada hari ini. Saya akan mempercayainya. Dan bertindak sedemikian. Dan berdoa sedemikian. Dan memberi sedemikian. dan memuji seolah-olah tiada seperti-Mu. Amin!

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Waiting Here for You, An Advent Journey of Hope

Adven merupakan suatu musim penantian penuh harapan dan penyediaan. Sertai pastor dan pengarang Louie Giglio dalam perjalanan Adven untuk menyedari bahawa menanti tidak sia-sia apabila anda sedang menantikan Tuhan. Ambil...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Louie Giglio, pengarang Waiting Here for You (Passion Publishing), kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.passionresources.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami